in

“Jangan buat bini puok2 ni” – Viral Video Tiga Gadis Pukul Seorang Perempuan, Netizen Bengang Nak Cari Untuk Beri Pengajaran

Auto Bodoh

Isu buli di kalangan remaja masa kini adalah satu perkara yang kita tak boleh pandang ringan kerana ia membabitkan nyawa dan masa depan seseorang.

Walau bagaimanapun, masih ada juga yang berani melakukan perkara terkutuk ini, malah ada yang bangga sampai merakam ia dan memuat naik ke media sosial. Memang salah langkah lah ni dik..

Menerusi perkongsian di page Facebook IRDK Kelantan, viral sebuah video yang menunjukkan tiga remaja perempuan dilihat sedang menendang seorang gadis yang duduk di atas rumput. 

Sabarwe

Gadis bertudung itu kelihatan tidak melawan apabila ketiga-tiga bagai dirasuk menendangnya berkali-kali di tangan dan menolak kepalanya berkali-kali.

Aku tak nak sentuh anak orang.”

“Aku tak puas hati!”

“Pukullah,”  antara kata remaja-remaja tersebut di dalam video berkenaan.

Sungguhpun begitu, tidak diketahui punca, masa dan lokasi kejadian tersebut berlaku. Aduhai kesian budak tu kena pukul. 

Nah boleh klik sini untuk tengok full video.

 

“Kena tangkap polis menangis tak berlagu” – Netizen 

Rata-rata netizen yang melihat video tersebut mengecam tindakan tiga remaja perempuan itu dan ada yang sampai ‘menyiasat’ dan terjumpa dengan Instagram pelaku buli berkenaan.

Dalam pada itu, ramai juga yang berharap dapat bertemu dengan tiga gadis ini supaya mereka dapat memberi nasihat dan pengajaran yang sewajarnya kepada mereka bertiga.

Buli Anok Orang

Sehingga setakat ini masih tiada kenyataan rasmi daripada pihak polis. Admin harap pihak berwajib siasat lah kes ini. Kesian tengok budak tu dibuli. 

Baca: Mayat Lelaki Reput Ditemui Di Longkang Rupanya Dibunuh Anak Saudara Sendiri Sebab Tak Tahan Dibuli & Dipukul

Mati

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook