in

“Siap featuring Aafiyah kat hujung2 tu” – Netizen Terkesima Dengar Tokti Cover Lagu Ernie Zakri ‘Ku Bersuara’

Ernie Siti

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terkenal dengan suara lemak manisnya, tak ada siapa yang dapat menidakkan hakikat bahawa Dato’ Sri Siti Nurhaliza mempunyai suara yang sangat sedap. Sebab itulah sampai sekarang dia masih menggenggam takhta penyanyi nombor satu negara.


Baru-baru ni, viral di Twitter sepotong klip yang memperdengarkan nyanyian Tokti cover lagu Ku Bersuara dari Ernie Zakri.

Meskipun Tokti macam agak main-mainlah masa nyanyi lagu ni, ternyata netizen lain terkesima mendengarnya sampai request Tokti nyanyi full tau! Nah korang dengar lah sendiri, siap featuring Siti Aafiyah lagi gelak-gelak kat hujung. 

 

“Nyanyi macam ni pun dah sedap” 

Rata-rata netizen yang mendengar klip nyanyian ni memang puji habis dengan cara Tokti nyanyi walaupun ada kelemahan sedikit di sana sini macam lari tempo dan sebagainya.

Tapi min anggap ni sebab Tokti nyanyi main-main je dan boleh dengar suara Aafiyah ada kat tepi tu.

Lagu
sumber: twitter

 

“Adoi… awat best sangat versi Tokti ni. Aku dah ulang banyak kali ni” 

Selain dari memuji nyanyi Tokti, ramai juga yang mengaku dengar lagu ni banyak kali dan siap nak request Tokti nyanyi lagu lain pulak ye!

Cedap
sumber: youtube

Haa korang nak dengar Tokti nyanyi lagu apa pulak lepas ni? Cepat request kat Tokti!

Baca: “Kalau letak Tokti pun sah-sah terkeluar” – Netizen Bengang Kool Salahkan Farawahida Punca Mereka Gagal GV Minggu Keempat?

Hebat 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.