in

Shamma Al Mazrui: Menteri Termuda Dunia Jadi Inspirasi Belia Masa Kini

Shamma Lawa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

YB Syed Saddiq ialah antara nama yang sering disebut-sebut dan dikagumi hingga ke negera jiran kerana telah menjadi menteri paling muda di Malaysia dengan memegang portfolio Menteri Belia dan Sukan menggantikan Khairy Jamaluddin.


Namun tahukah korang, ada lagi menteri dalam dunia yang lebih muda daripada Syed Saddiq? Beliau ialah Shamma Al Mazrui yang kini pegang rekod sebagai menteri termuda dunia kerana telah dilantik menjadi Menteri Belia Emiriah Arab Bersatu (UAE) ketika berusia 22 tahun. Wow! 

Kini, Shamma sudah berusia 24 tahun (dua tahun muda daripada Saddiq) dan pernah disenaraikan Forbes sebagai Arab 30 under 30 yang berjaya di mata dunia.

Meskipun masih muda, Shamma yang dibesarkan di Abu Dhabi telah memiliki Bachelor of Arts dalam bidang Ekonomi dari New York University Abu Dhabi dan kemudian melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana dalam bidang Public Policy dari Universiti Oxford.

Jadi tak hairanlah kalau beliau juga berjaya mendapat biasiswa Rhodes yang mana Shamma merupakan wanita pertama dari UAE yang memilikinya!

Selain aktif berpolitik di dalam negara, Shamma juga pernah menjadi perwakilan UAE di PBB. Prestasi hebat yang dimiliki gadis jelita ni telah membuatkan beliau dianugerahkan Distinction Award Mansour bin Zaid Al Nahyan dan Coutts Future Leader Award pada 2015.

Kini secara rasminya, Guiness Book of World Records 2018 senaraikan Shamma sebagai menteri termuda dunia menggantikan Sebastian Kurz, Menteri Austria berusia 27 tahun dan Aida Hadzialic, Menteri Sweden yang berusia 26 tahun.

You go girl! Semoga terus jadi inspirasi untuk semua belia! 

Baca: “Panggil saya Bro Saddiq je”

Bro Saddiq 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.