“Setan mana yang terlepas daripada kena rantai ni!” – Bukan Takat Kucing Sendiri, Kucing Jiran Pun Ada Yang Racun?

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Kucing adalah makhluk Tuhan yang jinak dan manja sifatnya. Ia bukan saja comel malah menjadi antara haiwan kesayangan ramai.

Biasanya, ia akan buat sesebuah rumah itu sebagai tempat berteduh dan mencari rezeki jika merasai ia diterima oleh penghuni rumah berkenaan.

Kejamnya!

Manakan tidak, telatah dan gelagat haiwan ini sering kali membuat kita terhibur, lebih-lebih dikala sedang stress ataupun sedih.

Tapi bayangkan kesedihan seorang lelaki apabila bukan satu tapi lebih 3 ekor kucing dimilikinya mati akibat perbuatan kejam manusia.

Sumber: Twitter

Allahu, kenapa kejam sangat hati kamu wahai manusia?

Tergamak betul kamu seksa binatang yang tak berdosa macam ni.

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Sikit punya comel macam ni pun ada yang benci. Aduh!

“Setan takde bulan puasa, tapi manusia setan ada!”

Tak cukup dari itu, kucing milik jiran pun diracun sama! Apalah salah binatang ni kat si tukang racun.

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Menurut lelaki itu, racun berkenaan ditemui di tangga belakang rumah jirannya saja. Seriuslah ada manusia sanggup buat perkara terkutuk macam ni?

Dahlah tengah-tengah bulan puasa ni. Tak rasa ke perbuatan korang ni melampau?

“Aku harap siapa yang buat macam ni dia mati nanti sebab kena racun jugak”

Hati mana yang tak sedih tengok binatang diseksa macam ni.

Patut kita yang manusia ni lebih berakal dan rasa lebih simpati.

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

 

Ingatlah, benci macam mana pun korang kat haiwan tu malah sesiapa pun janganlah sampai tahap membunuh.

Allah tu Maha Adil dan Maha Mengetahui.. 

Baca: “Sakit otak” – Lelaki Sanggup Beli Berpuluh-puluh Kucing Online Untuk Dia Dera & Sembelih

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Suraya Roslan

Penggemar graphic tee dan sentiasa berangan-angan untuk mengelilingi dunia.