in

“Seronok aibkan isteri sendiri?” – Penceramah Tegur Lelaki Tinggalkan Komen ‘Lucah’ Di Sesi Live Menteri Guna Facebook Isteri

Akhi Fairuz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seringkali kita lihat, semasa sesi live tak kiralah daripada Menteri Kanan Keselamatan atau Ketua Pengarah Kesihatan, mahupun sesi live daripada Perdana Menteri kita sendiri, ramai di kalangan netizen meninggalkan komen yang tidak bermanfaat.


Kalau setakat komen mengadu nasib serta masalah hidup ketika PKP ini admin faham lah, ini tiba-tiba tinggalkan komen lucah pulak di sesi live tersebut. Aduhai…

 

“Sana sini disebar screenshot komen ini. Habis dijaja ke seluruh media sosial” 

Penceramah terkenal, Akhi Fairuz Al Jengkawi baru-baru ini berkongsi di Twitter berkenaan sikap seorang lelaki yang meninggalkan komen lucah tanpa berfikir panjang. 

Menurutnya, komen yang ditulis semasa FB live Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri tersebut viral dan kemudian menjadi bahan untuk melawak bagi netizen dengan meletakkan kapsyen-kapsyen lucah.

Malah lebih teruk lagi, ramai yang ingat pemilik akaun tersebut yang merupakan seorang perempuan menulis komen tu, rupanya suaminya yang guna FB isteri untuk tulis perkara macam tu. Adoi… 

 

“Seronok ke aibkan isteri sendiri?” 

Lebih menyedihkan, isterinya juga seorang guru dan suami wanita tersebut mengaku dia tinggalkan komen macam tu sekadar suka-suka je. Tak pasal-pasal isteri dia kena serang dengan netizen.

Ahli keluarga kepada cikgu terbabit kemudian berhubung dengan Akhi Fairuz dan memberitahu wanita tersebut sangat stress kerana dia telah menerima banyak kecaman daripada netizen yang tak tahu akan hal sebenar.

 

 

“Sepatutnya suami lindungi maruah isteri tapi ini sebaliknya” 

Isu tersebut mendapat pelbagai respon daripada netizen yang mana kesemuanya mengecam tindakan lelaki tersebut terhadap isterinya.

Dalam perkara ini, sepatutnya para suami kenalah lindungi maruah isteri dan anak-anak dan bukannya tulis komen lucah macam tu kat mana-mana page Facebook.

Lucah

Harap-harap netizen stoplah kecam isterinya lagi. Kesian jadi macam tu sampai stess dah. 

Baca: “Berani buat kerana belum bersemuka” – Pelajar Form 1 Tayang Video Lucah Masa Kelas Online

Pdpr

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.