“Senangnya, macam dapat goreng pisang” – Aaron Aziz, Farid Kamil Terima Gelaran Datuk, Netizen ‘Protes’

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Gelaran ‘Datuk’ di Malaysia sememangnya tidak asing lagi. Boleh dikatakan kebanyakkan artis sudah mendapat gelaran tersebut, sebagai tanda terima kasih atas sumbangan dan bakti yang mereka telah berikan. Baru-baru ini, Malaysia heboh lagi dengan anugerah Datuk ini yang diberikan kepada dua orang artis Malaysia kita.

Menurut Mstar, dua pelakon terkenal tanah air iaitu Aaron Aziz dan Farid Kamil kini sudah bergelar Datuk seleps dianugerahkan darjah kebesaran dan pingat Pahang pada Sabtu yang lepas. Tahniah kami ucapkan! Di samping itu, Sultan Ahmad Shah berkenan mengurniakan Darjah Sri Setia Ahmad Shah Pahang (SSAP) kepada isteri Menteri Wilayah Persekutuan kita, iaitu Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, diikuti bersama 21 individu lain.

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Kedua-dua pelakon tersebut menerima anugerah Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) bersemperna ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang. Aaron Aziz, 41 tahun, dan Farid Kamil, 36 tahun, antara 169 penerima darjah kebesaran dan pingat tersebut.

Sementara itu, antara selebriti terkenal yang pernah menerima darjah kebesaran daripada kerabat diraja Pahang sebelum ini adalah Datuk Ramli MS, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Adi Putra.

Tetapi, pengiktirafan Datuk kepada dua pelakon popular ini dikecam oleh netizen. Masing-masing seolah-olahnya protes dengan berita berkenaan.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Bahkan ada juga netizen yang mempersoalkan tentang artis-artis lama yang lain, yang jauh lebih sesuai dan layak untuk miliki gelaran tersebut.

“Amy search pun tak dapat lagi..”

Kesian kat Mamat Khalid dan Eman Manan.. Bila agaknya nak dapat Dato”

“Kenapa muda dah dapat Dato. Artis yang lama-lama tak dapat. Fauziah Nawi, Ogy.. Ramai lagi”

“..akhirnya semua artis akan bergelar Dato/Datuk. Aduhai.. Jasa apalah gamaknya sehingga dapat gelaran semacam itu. Latiff Borgiba sampai meninggal semalam tak pernah dapat gelaran apa-apa. Padahal zaman Allahyarham dari budak kecil sampai orang dewasa kenal siapa itu Latiff Borgiba..”

Tak apa lah.. Itu rezeki masing-masing kan.. Apa-apa pun, tahniah kami ucapakan pada Datuk berdua! 🙂

Baca: “Kau ada datuk, kau kaya raya, follower berjuta-juta, bukankah kerana kerajaan?” – Azwan Ali

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Written by Zarith Sofea

Seorang gadis yang minat membaca dan melayari internet untuk lebih cakna tentang gosip dan berita terkini. Peka dengan keadaan semasa tetapi tidak mudah terpengaruh dengan budaya fitnah yang tidak sihat.