Berita pernikahan pempengaruh Sam Lim bersama Parisa Ardina pada minggu lalu telah menyorot perhatian ramai apabila turut disertai khabar gembira mengenai penghijrahannya memeluk agama Islam.
Baru-baru ini, bukti penghijrahan Sam Lim telah dikongsikan oleh Pusat Tahfiz Darul Hidayah yang memuat naik detik penghijrahan pempengaruh itu.
Dalam video itu, Sam Lim yang berjubah hitam mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan seorang ustaz sambil disaksikan oleh puluhan pelajar tahfiz di situ.
“Moment terindah lafaz syahadah Sam Lim di Tahfiz Darul Hidayah. Semoga tetap istiqomah dalam amal soleh dan berpegang teguh pada ajaran Islam,” tulisnya.
@tahfizdarulhidayah Alhamdulillah ‘ala kulli hal.. moment terindah lafaz shahadah brother Sam Lim Di tahfiz hidayah Moga tetap istiqomah dlm Amal soleh dan berpegang tegur pada ajaran Islam 🤲🏻🥰. #samlim #shahadah
♬ original sound – Tahfiz Darul Hidayah – Tahfiz Darul Hidayah
Artikel berkaitan: Sam Lim Sudah Bernikah Dengan Parisa Ardina?
Artikel berkaitan: “Kami telah disatukan pada Disember 2025”- Ben Amir Selamat Bergelar Suami Kepada Wanita Pilihan Hati
Perkongsian video tersebut mendapat reaksi positif daripada warganet, rata-ratanya menitipkan kata-kata syukur dan berdoa agar pempengaruh itu kekal istiqomah dalam mendalami Islam.
Warganet turut memuji tindakan pempengaruh itu yang memeluk Islam secara diam-diam dan hanya menghebahkannya selepas melangsungkan pernikahan.

Difahamkan, Sam Lim atau nama Islamnya Muhammad Zavian Lim Bin Abdullah memeluk Islam pada 13 Mac iaitu pada hari Jumaat terakhir Ramadan.
Sumber: TikTok
