in

“Seller dah mention, kenapa still beli?” – Wanita Tegur Trend Makan Trolli Gummi, Ramai Tak Sedar Produk Mengandungi Babi?

Coklat Trolli Gummi Planet Ada Pork Tak Halal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini viral di media sosial satu brand coklat yang berasal dari Korea iaitu Trolli Planet Gummi.


Bentuk coklat tu yang unik iaitu berbentuk bumi dan ada juga berbentuk bebola mata menarik perhatian netizen sehingga ada yang membuat video TikTok memakan coklat tersebut.

Gummi Trolli 1

Walau bagaimanapun, tak ramai yang tahu sebenarnya produk tersebut didakwa tidak halal dan mengandungi ‘carmine’ iaitu bahan yang berasaskan khinzir. Alamak!  

Menerusi perkongsian TikTok Cik Mai Gojes, dia mengingatkan netizen yang beragama Islam untuk tidak membeli coklat jenama ini kerana ramai di kalangan pembeli tidak tahu bahawa produk tersebut mengandungi babi.

@cikmaigojes

Guys tolong sebarkan.Maybe ramai tak tahu brand ni tak halal. #tiktokmalaysia #BuwatJeTikTok #halal

♬ original sound – zafirkaripap – zafirkaripap

Kawan-kawan sekarang dah jadi trend kan makan benda ni. You guys tau tak this brand is non halal. 

“Seller ni siap mention lagi contains pork tapi surprisingly ada buyer dekat seller ni Islam Muslim siap komen lagi kat bawah tu kata anak saya suka makan. 

“Ya Allah korang tolong pesan dekat mak-mak, makcik, pakcik, jiran tetangga, kawan-kawan semua jangan beli brand ni. This contains pork. Siapa tak tahu pork tu… is daging babi okay?” katanya.

Tambah Cik Mai lagi, seller terbabit sudah jelas menyatakan dalam deskripsi barangannya makanan tersebut mempunyai unsur khinzir (contains pork) namun dia tidak mengerti mengapa masih ada orang Islam yang membelinya.

Hasil tinjauan admin sendiri juga mendapat kedai online tersebut memang jelas menyatakan coklat berkenaan tidak halal di deskripsinya.

Gummi Planet Trolli 2

Gummi Planet Trolli

Gummi Planet Trolli 3

 

“Ada yang halal laa” 

Sungguhpun ramai yang memuji video yang disampaikan Cik Mai, ada juga segelintir netizen yang mendakwa terdapat brand lain yang menjual coklat berkenaan yang halal.

Ada Trolli Halal

Cik Mai sekali lagi memuat naik video menjelaskan yang dia hanya bercakap tentang jenama Trolli sahaja dan bukannya jenama lain.

Malah jika ada yang yakin coklat yang dijual dari brand lain itu halal, dia tak menghalang mereka daripada membelinya. Uish macam-macam lah. 

@cikmaigojes

Reply to @cikmaigojes now understand or not.?

♬ original sound – zafirkaripap – zafirkaripap

Peringatan untuk semua supaya baca label dulu sebelum membeli. Bimbang makanan yang kita beli tu tak halal dan beri pulak kepada anak-anak makan. Nayaa… 

Baca: WOW! Penangan K-Drama, Indonesia Hasilkan Soju Versi Halal

Soju

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.