in

Selangor Dilanda Masalah Air Lagi! Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang, SSP 1, 2 & 3 Pula Dihentikan Akibat Pencemaran Air

Loji Air

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Uish kalau dikira-kira, ini sudah kali ke berapa ye negeri Selangor dalam tahun ini mengalami masalah air? Admin rasa hampir setiap bulan orang Selangor terpaksa menghadap masalah air!


Terbaru hari ini, menerusi perkongsian Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) di Facebook, adalah dimaklumkan bahawa Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang, SSP 1, 2, dan 3 telah dihenti tugas pada jam 12.20 – 12.45 tengah hari tadi akibat pencemaran bau. 

{PENGUMUMAN}Dimaklumkan Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang, SSP 1, 2, dan 3 telah dihenti tugas pada jam 12.20-…

Posted by Lembaga Urus Air Selangor on Monday, November 9, 2020

Pencemaran itu katanya telah dikesan di Sungai Selangor sekitar 8 TON (di LRA Rantau Panjang). Berdasarkan pemantauan LUAS setakat pukul 6 pagi tadi, rekod bacaan terakhir masih 0 TON.

Sehubungan dengan hal tersebut, LUAS, Air Selangor dan lain-lain pihak yang terlibat sedang menjalankan siasatan dan tindakan-tindakan mitigasi segera.

Mereka juga katanya akan memberi update berkaitan hal tersebut dari semasa ke semasa.

Susulan pengumuman tersebut, rata-rata netizen yang merupakan rakyat Selangor merasa cukup terkesan dan marah dengan apa yang berlaku.

Rata-ratanya berkata, perkara ini merupakan acara bulanan yang pasti akan berlaku di negeri Selangor.

Air

Untuk maklumat lebih lanjut tentang kawasan mana yang terlibat dengan gangguan air ini boleh rujuk di sini

Aduh bertabahlah rakyat Selangor. Min pun tak tahu nak cakap apa lagi. 

Baca: “Satu dunia dah tahu” – Saintis US Gembira Jumpa Air di Bulan, Tapi Terkejut Dapat Banyak Retweet Tentang Isu Air di Selangor

Ayaq Selangor

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.