in

“Satu dunia dah tahu” – Saintis US Gembira Jumpa Air di Bulan, Tapi Terkejut Dapat Banyak Retweet Tentang Isu Air di Selangor

Ayaq Selangor Mendonia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kemarahan rakyat kerana kerap kali berlakunya gangguan air di Selangor nampaknya sudah up kepada satu level yang baru.


Baru-baru ini, seorang saintis molekul dari US telah menyampaikan satu berita gembira melalui Twitter bahawa air kini sudah dijumpai di bulan.

Berita tersebut merupakan satu perkembangan baru dalam dunia sains tambah-tambah lagi apabila saintis di luar sana sedang gigih mengkaji sama ada wujud atau tidak kehidupan lain selain yang berada di bumi sekarang.

Pun begitu, tweet tersebut telah dicemari puluhan retweet dari Malaysia yang mengaitkan penemuan ini dengan masalah air di Selangor. Laju je ye netizen Malaysia ni! 

Air 1

 

“Saya terima banyak retweet daripada mereka yang tinggal di Selangor (Malaysia) alami masalah air” 

Terkejut menerima banyak retweet daripada Malaysia dan kebanyakannya bercerita tentang isu air di Selangor, akhirnya saintis tersebut memuat naik satu posting mengatakan betapa prihatinnya dia dengan masalah air yang sedang berlaku di dunia sekarang.

Saintis mungkin sudah menjumpai air di bulan tetapi manusia di bumi pula masih alami masalah tidak mempunyai air yang mencukupi untuk tampung kehidupan seharian. Aduhai… 

 

“Ya Allah malunya” 

Tweet daripada saintis bernama Raven ini telah membuatkan rata-rata netizen di Malaysia berasa agak malu dan ada juga yang bangga apabila saintis hebat dari US ini mengambil serius masalah air yang sedang berlaku di dunia.

Cedih

Apa yang lebih memalukan apabila saintis tersebut sempat menyebut masalah pencemaran air di Kelantan pula. Aduhai min tak tahu nak letak kat mana muka ni… 

Dengan viralnya isu ini ke serata dunia, harapnya pihak berkuasa dapatlah lakukan sesuatu untuk tangani masalah air yang sering berlaku di Selangor. Haih… 

Baca: “Setiap minggu ada saja masalah air” – Lagi Kes Pencemaran Air di Sungai Selangor, 1,292 Kawasan Terjejas Bekalan Air

Air Selangor

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.