Sebentar tadi, SuaraTV melaporkan bahawa Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak telah mencabar Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk berdebat.
Menjawab soalan netizen di Facebook, Najib mengatakan yang dia dah bersedia untuk berdebat dengan Tun Mahathir pada bila-bila masa.
No problem. Masa saya PM dia ajak debat saya tak mahu. Masa dia PM7, saya ajak debat dia tak mahu.
Sekarang kita berdua bukan lagi PM, kita boleh debat jika dia mahu, Anytime!”
Cabaran ini diterima baik oleh pengikut Najib yang ingin menilai kebenaran di sebalik dakwaan yang pernah dilontarkan oleh Mahathir sebelum ini.
Susulan berita ini, Tun Mahathir telah pun menjawab permintaan Najib ini di Twitter peribadinya mengatakan yang sekarang dah tak ada apa yang perlu didebatkan lagi.
Tiada sebab untuk berdebat dengan Dato’ Sri Najib Razak sekarang setelah segala tuduhan terhadapnya telah terbukti benar oleh mahkamah. https://t.co/qrxnJajtcV pic.twitter.com/KEwk3E5cDg
— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) November 4, 2020
Tiada sebab untuk berdebat dengan Dato’ Sri Najib Razak sekarang setelah segala tuduhan terhadapnya telah terbukti benar oleh mahkamah.”
Jawapan dari Tun M ini telah mendapat perhatian dari netizen, ada yang setuju dan ada yang meminta agar perdebatan ini diteruskan.
Apa pendapat korang dengan jawapan Tun M ni?
Baca: Pendedahan Berani! Tun Mahathir Bongkar 13 ‘Taktik Kotor’ PM Najib Tipu dan Cuba Menang PRU14