in

“Sejarah takkan pernah hilang”, – 6 Tragedi Gempa Bumi Dahsyat Yang Pernah Terjadi Sejak Tahun 1950

Fi Gempa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semakin lama, semakin banyak kejadian yang berlaku di dunia ini. Wabak Covid-19 adalah contoh terdekat yang kita sedang hadapi sekarang ini. Tragedi tanah runtuh, gempa bumi, turut banyak kita dengari lagi-lagi di luar negara.


Namun pernahkah anda semua tahu tentang beberapa kejadian gempa bumi yang dianggap terburuk dalam sejarah? Mari kita lihat..

1- Gempa Bumi Di Kashmir ( Kawasan Bawah Jajahan Pakistan)

Kashmir Pakistan

Kejadian ini berlaku pada 8 Oktober 2005 di kawasan Kashmir serta beberapa bahagian di India serta Afghanistan. Gempa bumi berukuran 7.6 magnitud ini telah mengorbankan 79,000 nyawa serta meruntuhkan 32,000 bangunan di kawasan Kashmir sahaja.

Dengan angka korban tambahan di India dan Afghanistan, gempa bumi ini terpahat antara yang terburuk ketika itu. Faktor waktu juga telah memburukkan lagi keadaan apabila mangsa-mangsa yang telah diselamatkan itu akan menghadapi musim sejuk yang bakal menjelma.

 

2- Gempa Bumi Tangshan (Barat Laut Cina)

Tangshan

Bencana ini berlaku pada 28 Julai 1976 dan turut dikenali sebagai gempa bumi besar Tangshan. Dengan kekuatan setinggi 7.5 magnitud, gempa bumi ini hampir meranapkan lombong bijih di Cina serta bandar-bandar perindustrian Tangshan yang terletak kira-kira 110km dari timur Beijing.

Kebanyakan kematian berpunca oleh runtuhan bangunan yang tidak kukuh dan ketika itu kebanyakan mangsa sedang tidur.

Bencana itu telah mengorbankan seramai 242,000 hingga kemungkinan melebihi 655,000 orang. 700,000 orang telah cedera serta banyak kerosakan yang dahsyat hingga sampai ke daerah Beijing.

 

3- Gempa Bumi Sichuan (Daerah Sichuan, Cina)

Gempa Sicuan

Gempa bumi ini telah menyebabkan lebih dari 5 juta orang penduduk kehilangan tempat tinggal. Ia turut menyebabkan hampir separuh dari bandar Beichuan yang berdekatan musnah akibat gelombang gempa bumi dan limpahan air dari tasik berdekatan.

Tanggal 12 Mei 2008 menjadi saksi tragedi hitam ini, dan telah meninggalkan kerosakan kekal yang dahsyat pada kawasan pergunungan di daerah Sichuan. Gempa bumi berukuran 7.9 magnitud itu berpusat di wilayah Chengdu dimana 80% bangunan didirikan di kawasan yang rata. Namun kesemua kampung dan bandar telah terjejas dengan teruk.

 

4- Gempa Bumi Peru

Gempa Bumi Peru

Berlaku pada 31 May 1970 dan pada asalnya bermula di persisiran pantai di Peru. Kejadian ini telah menyebabkan tanah runtuh yang besar serta memusnahkan kebanyak struktur bangunan yang tidak kukuh. Anggaran sebanyak 70,000 orang telah terkorban.

Bandar-bandar berhampiran pantai dimana terletaknya pusat gempa dan di lebah Sungai Santa adalah yang paling teruk terjejas. Tanah runtuh turut berlaku daripada kawasan gunung tertinggi di Peru iaitu Gunung Huascaran terletak di kawasan barat Andes.

Runtuhan tanah dan salji itu telah melenyapkan perkampungan Yungay, sebahagian besar Ranrahirca dan memusnahkan banyak lagi kawasan kampung berdekatan.

 

5- Gempa Bumi Lautan Hindi & Tsunami

Tsunami Aceh

26 Disember 2004, tepat jam 7.59 waktu tempatan telah menjadi saksi berlakunya satu gempa bumi dasar laut dengan kekuatan 9.1 magnitud di perairan Sumatera Indonesia. 7 jam berselang, berlaku tsunami berpunca daripada gempa bumi itu hingga melintasi Lautan Hindi serta merosakkan kawasan pantai Afrika Timur.

Ombak setinggi 30 kaki (9 meter) direkodkan dan menghempas kawasan perlabuhan. Tsunami ini telah mengorbankan sekurang-kurangnya 225,000 orang di pelbagai negara. Indonesia, Sri Lanka, Maldives, India dan Thailand adalah yang paling teruk terjejas.

200,000 orang dilaporkan maut oleh pihak berkuasa Indonesia terutamanya di Acheh yang terletak di bahagian utara Sumatera.

 

6- Gempa Bumi Haiti

Haiti

Gempa bumi ini berlaku pada tahun 2010 dan menyebabkan 1.5 juta orang kehilangan tempat tinggal. Gegaran bermula  pada jam 4.53 petang, 12 Januari dan berlaku kira-kira 25 km dari barat daya ibu negeri Haiti Port-au-Prince.

Bermula dengan gegaran berukuran 7.0 magnitud dan diikuti dengan 2 lagi gempa berukuran 5.9 dan 5.5 magnitud. Beberapa lagi gegaran menyusul pada hari-hari seterusnya termasuk satu gegarang berukuran 5.9 magnitud pada 20 Januari melanda bandar Petit Goave, 55 km dari Barat Port-au-Prince.

Haiti tidak pernah mengalami gempa bumi sebegini sejak kurun ke-18. Yang paling hampir dengan kekuatan ini berlaku pada 1984 dengan kekuatan sebanyak 6.9 magnitud dan pada 1946 berukuran 8.0 magnitud yang melanda Republik Dominican.

 

Baca : Mesti Ramai Tak Tahu, Ini 2 Kes Rompakan Terbesar Yang Pernah Gemparkan Negara Suatu Ketika Dahulu

Foot Gempa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.