in

Mesti Ramai Tak Tahu, Ini 2 Kes Rompakan Terbesar Yang Pernah Gemparkan Negara Suatu Ketika Dahulu

Fi Rompak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mesti antara korang pernah tengok movie luar negara yang berkisahkan pasal rompakan yang gempak contohnya macam Italian Job, Takers dan Money Heist.


Tapi, korang pernah tahu tak sebenarnya dekat negara kita ni ada kisah rompakan yang boleh dikatakan sangat bersejarah dan kerugian bernilai jutaan ringgit.

Jangan buang masa lagi, jom kita tengok!

 

1- Rompakan jongkong emas oleh Geng Mamak pada 1994

1 1

Tragedi ini terjadi lebih kurang 27 tahun lalu, pada 31 Ogos 1994 waktu itu rakyat Malaysia tengah menyambut kemerdekaan ke-37. Rompakan jongkong emas ini menyebabkan kerugian lebih daripada USD 3 juta (RM 12.84 juta) dan yang lebih mengejutkan ia terjadi di gudang kargo Lapangan Terbang Subang dimana mempunyai kawalan keselamatan terbaik ketika itu.

Aa

Rupanya tarikh tu memang sengaja dipilih sebab mereka tahu pihak polis sibuk dengan persediaan untuk sambutan kemerdekaan. Apa lagi kan, terus dia orang buat plan yang memang licin. Geng mereka ni diketuai 5 beradik berasal daripada Kuala Kangsar dan ada darah kacukan Sri Lanka. Tak tahula kebetulan atau tak, rupanya hampir semua 14 penjenayah ni saudara.

Lain macam betul ni.

Tengah sibuk pihak polis buat persiapan, mereka tersentak dan menurut Pegawai Penyiasat Azizan Anan tak pernah lagi jadi hal macam ni dalam karier beliau sebab tempat tersebut memang dikawal rapi.

Sampai tempat kejadian, 3 orang pengawal telah terikat dan yang lebih buat mereka terkejut bila pengawal kata yang merompak tu anggota polis sendiri. Kenyataan itu dah buat Penolong Pegawai Penyiasat, Superitendan Amidon Anan, adik kepada Azizan Anan curiga dan ragu-ragu.

Beliau minta untuk lihat rakaman CCTV, namun firasat beliau menyatakan ada yang tak kena dan yakin bahawa gerak-geri mereka ini adalah perompak yang berpakaian seragam polis. Paling tak sangka, rompakan tu hanya terjadi selama 20 minit. Perancangan perompak itu sangat rapi sebab dia orang dah tahu waktu sesuai sebab masa tu ramai kakitangan bercuti.

Tamparan yang sangat hebat untuk pihak berkuasa, mereka masih tak percaya ada kumpulan tempatan berani rompakan sebegini sampai mereka sangkakan ini sindiket antarabangsa.

Perdana Menteri ketika itu, Tun Mahathir memberi komen beliau dan mempersoal kredibiliti ketanggungjawaban pihak berkuasa.

“Kalau jongkong emas pun boleh hilang, tak mustahil kapal terbang juga boleh hilang.”

PDRM ingin membaiki nama dan maruah mereka, dan mereka tubuhkan satu unit pengintip untuk menyiasat siapa dia orang ni dan cari sampai ke lubang cacing. Pelbagai cara mereka lakukan namun tidak berjaya pada awalnya. Tapi mereka tak mengalah dan akhirnya mereka dapat klu berkaitan geng ni. Digelar Geng Mamak oleh polis sebab wajah perompak tersebut seakan-akan mamak.

Aaaa

Laseeee

11 tahun diambil untuk menangkap kesemua 14 ahli kumpulan tersebut iaitu dari 1995-2006.

 

2- Rompakan Mikrocip di Batu Maung pada 2006

Aoao

Rompakan ni merupakan rompakan terbesar yang pernah jadi dekat negara kita. Kejadian pada 2006 di Kompleks Kargo Udara Kedua di Batu Maung. 20 individu terlibat merompak mikrocip dan komponen bernilai RM 40 – 50 juta.

Kejadian berlaku kira-kira jam 2.30 pagi yang mana 2 lori kontena masuk ke zon tersebut dan masuk ke Zon Bebas Mas tanpa berhenti menjalani peperiksaan keselamatan. Sampai di gudang 4 perompak tersebut kumpulkan 17 pekerja dengan alasan menjalankan ujian air kencing sebab penyalahgunaan dadah.

Pekerja membantah dan minta dokumen pengenalan dia orang. Marah dan terus dia orang buka kontena dan keluar 16 orang lagi perompak berparang. 17 pekerja dipaksa minum klorofom dan buatkan mereka muntah dan ada yang pengsan.

Polis yakin ini adalah kerja orang dalam kerana proses rompakan sangat lancar. Mereka yakin perompak hanya mahukan mikrocip itu kerana barang lain tidak disentuh perompak. Rompakan tu juga hanya mengambil kurang daripada 2 jam untuk diselesaikan.

Download 3

Bijaknya perompak ni, dah rompak terus dia orang hancurkan CCTV yang ada dan ambil kasetnya. Tak cukup lagi, mereka pergi ke pusat pemeriksaan, dan serang kastam kemudian pergi pondok pengawal dan hancurkan telefon bagi ambil masa untuk larikan diri.

5 hari kemudian, polis temui dua buah lori kontena nombor pendaftaran PGG 7026 dan PGF 5806 dipercayai digunakan untuk rompakan itu. Beberapa suspek ditahan dipercayai terlibat secara langsung dengan kes ini.

Bila ditanya sama ada individu terlibat sudah dikenal pasti, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah  Bukit Aman ketika itu, Datuk Cristopher Wan Soo Kee berkata,

“Kes ini masih disiasat dan jika saya beritahu siapa, mereka akan lari,”.

Disember 2006, polis membebaskan dua suspek terakhir secara tanpa syarat dan semua suspek bagi membantu siasatan dibebaskan. Bermakna tiada suspek disiasat kes kerugian RM 40 juta ini.

Pihak berkuasa nyatakan mereka tak dapat didakwa kerana tiada bukti fizikal yang boleh kaitkan suspek dan juga sebab sebahagian daripada mikrocip dirompak telah dieksport ke luar negara. Ini menyebabkan tiada kepastian kepada pengakhiran kes rompakan ini hingga sekarang.

Baca : Bak sini telefon! Kena Rompak Masa Live, Perompak Siap Acu Pistol Pada Wartawan Cameraman

Eeepng

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.