in

“Sedih tengok pakcik ni” – Ramai Sebak Lepas Tengok Video Menyayat Hati, Pakcik Tua Korek Tong Sampah Untuk Cari Makanan

Tong Sampah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Allahu sebak betul admin rasa! Semalam, viral dua video menunjukkan seorang pakcik tua sedang mengorek tong sampah hijau dekat UTC Ipoh, Perak.


Menerusi perkongsian Facebook tersebut, pakcik tu kelihatan seperti dah lama berlapar dan dahaga sehinggakan dia sanggup mengorek tong sampah di tempat awam demi mencari makanan untuk mengisi perut. 

《老公公现身回应 “我不需要帮助” ?》网友分享位于怡保UTC大巴刹。这位老人在垃圾桶里寻找食物,吃下别人丢掉的剩菜。

Posted by Ipoh 怡保 on Wednesday, July 3, 2019

 

“Situasi pakcik ni sangat menyedihkan. Tolong bantu dia” 

Menurut caption posting yang telah mendapat hampir 9,000 shares ini,

“Keadaan pakcik ini sangat menyedihkan. Tolong bantu dia. Kejadian ini berlaku di Ipoh UTC dekat Pasar Besar. Pakcik ini dilihat tengah menyelongkar tong sampah untuk makanan dan makan sisa-sisa orang lain.”

Watch Heartbreaking Video Shows Skinny Old Man Scavenging For Food In Ipoh Dumpster World Of Buzz

Watch Heartbreaking Video Shows Skinny Old Man Scavenging For Food In Ipoh Dumpster World Of Buzz 2
sumber: wob

Rata-rata netizen yang membaca posting ini, berasa sangat sedih dengan nasib lelaki tua ini. Ada yang meminta orang ramai yang melihatnya untuk membantu pakcik ni dengan memberi wang atau makanan.

Pun begitu, salah seorang netizen ada menjelaskan bahawa pakcik tu datang dari keluarga susah dan kemungkinan besar ada penyakit mental masa dia muda dulu. Tapi disebabkan ibu bapa pakcik ni tak berduit, mereka tak dapat bawa dia berubat – macam mana pun kisah ni tak dapat dipastikan betul ke tak. 

Food
sumber: facebook

Harap-harap adalah pihak yang membantu pakcik ni dan halang dia dari makan makanan dari tong sampah lagi. Haish sedih min tengok.

Baca: “Nampak miskin pada harta, tapi jiwanya kaya” – Penjual Sayur Miskin Ini Dipuji Rajin Bersihkan Jalan di Taiping, Tak Kira Siang & Malam

Hebat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.