in

Sebanyak 4,542 Syarikat Dilaporkan Gulung Tikar Sejak April Hingga Pertengahan Julai Ini – SSM

Featured 22

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam tempoh antara 1 April hingga 19 Julai, dilaporkan sebanyak 4,542 permohonan penamatan perniagaan diterima pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).


Daripada jumlah tersebut, Jun merekodkan penutupan syarikat paling tinggi iaitu sebanyak 1,592 lapor FMT.

Retail Shops Retail Shops Business Closed Movement Control Order Masjid India Kuala Lumpur 30032020 Fmt 3

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Rosol Wahid berkata bagaimanapun SSM turut merekodkan pendaftaran perniagaan baru yang lebih tinggi daripada permohonan penamatan perniagaan iaitu 95 peratus.

Sebanyak 82,555 perniagaan baru didaftarkan bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956,”

Katanya Jun memperlihatkan bilangan tertinggi dengan 39,931 syarikat, ia diikuti Julai sebanyak 29,834 syarikat, Mei (10,936) dan April sebanyak 1,854 syarikat baru didaftarkan.

 

Baca : Covid-19 : Ratusan Jenama Terkenal Isytihar Muflis Dan Ribuan Cawangan Ditutup

Baca 20

Sumber: fmt

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.