in

Covid-19 : Ratusan Jenama Terkenal Isytihar Muflis Dan Ribuan Cawangan Ditutup

Untitled Design 16

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang mesti tahu Amerika Syarikat menerima tempias yang sangat dashyat apabila pandemik Covid-19 melanda di seluruh dunia.  Bukan sahaja dari segi jumlah rakyatnya yang ramai terkena wabak ini, malah ia turut menjejaskan ekonomi negara berpengaruh itu.


Akibatnya, kebanyakan syarikat gergasi yang berpangkalan di Amerika Syarikat ini menghadapi krisis kewangan yang besar. Menurut sumber, dalam tempoh 5 bulan penularan pandemik ini, ia menyebabkan timbulnya masalah hutang yang tinggi dan banyak syarikat kini diisytihar bankrap.

Antara nama syarikat ‘gergasi’ yang kini muflis

  1. Victoria’s Secret isytihar tutup cawangan AS dan Kanada.
  2. Zara menutup 1,200 cawangan.
  3. La Chapelle menutup 4391 cawangan.
  4. Chanel menghentikan produksi mereka.
  5. Hermes menghentikan produksi mereka.
  6. Patek Philippe menghentikan produksi mereka.
  7. Rolex menghentikan produksi mereka.
  8. Nike menyediakan sejumlah $ 23 Billion Dolar AS sebagai persediaan untuk pemberhentian peringkat ke dua.
  9. Gold’s gym telah menfailkan notis bankrap
  10. Pengasas AirBnb mengeluarkan kenyataan akibat Covid-19, perniagaan selama 12 tahun musnah dalam masa 6 minggu
  11. Starbuck mengumumkan untuk menutup 400 cawangannya
  12. WeWork kini tunggu masa untuk bankrap.

Ab Zara 110620

Selain itu syarikat-syarikat industri terbesar dunia turut mengalami masalah kewangan dan tidak kurang juga ramai yang telah mengambil keputusan menutup perniagaan mereka.

  1. Nissan Motor Co. juga mungkin akan ditutup di Amerika Syarikat.
  2. Syarikat Penyewaan Kereta Terbesar (Hertz) yang juga memiliki Thrifty dan Dollar mengemukakan notis kebankrapan.
  3. Syarikat trak terbesar (Comcar) yang memilik lebih 4000 trak mengemukakan kebankrapan.
  4. Syarikat JC Penny akan diambil oleh Amazon kerana memerlukan sokonga kewangan.
  5. Pelabur terbesar di dunia Warren Buffet kehilangan $AS 50 Billion dalam 2 bulan terakhir.
  6. Syarikat pelaburan BlackRock menguruskan lebih dari $AS 7 Trilion aset kini turut mengalami masalah kewangan.
  7. Pasaraya terbesar di Amerika iaitu Mall of America kini mempunyai masalah untuk membayar balik pembayaran mortgage mereka.
  8. Syarikat penerbangan paling terkenal di dunia Emirates telah memberhentikan 30% pekerjanya.

Beberapa jenama retail terkenal seperti J. Crew, Gap, Bath & Body Works, Forever 21, Sears dan pelbagai lagi turut menutup sejumlah 12,000 hingga 15,000 cawangan mereka pada tahun 2020.

Unnamed Qfqsoq

Dunia kini mengalami krisis ekonomi global

Memetik kenyataan sumber, perbendaharaan Amerika Syarikat juga dikatakan telah mencetak trilion dolar sebagai usaha mengekalkan ekonomi dalam sokongan kehidupan. Dikatakan Separuh masa kedua 2020, merupakan cabaran hebat bagi dunia korporat dan ekonomi perniagaan.

Pakar perniagaan di seluruh dunia menyatakan tahun 2020 adalah merupakan tahun survival dan menyakitkan.

 

Baca: ‘Pray for all airlines staff and crew’ – Ekonomi Alami Kegawatan Kerana COVID-19, Netizen Beri Tips Persediaan Buat Semua

Capture 1 4

Sumber: Google
Sumber: Google

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.