in

“Sebak gila tengok dia” -Frontliners Menangis Masa ‘Live’ Berita Merayu Minta Orang Ramai Duduk Rumah & Patuh PKP

Collage 20

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketika Covid-19 sedang melanda, pasukan perubatan korbankan nyawa dan masa untuk memastikan pesakit-pesakit dapat sembuh dan pulang ke pangkuan keluarga. Bukan tu je, dorang juga terpaksa berjauhan dengan keluarga sebab tak nak keluarga dorang dijangkiti.


So, apa yang kita boleh buat untuk bantu frontliners ni adalah dengan duduk di rumah dan pastikan kita bantu kurangkan penularan wabak ni.

71586438573 Barisanhadapanseba

Baru-baru ni, ketika program AWANI 7:45, Noor Hamiza Gulam, seorang juruteknologi di makmal perubatan telah meminta orang ramai untuk duduk di rumah. Namun, apa yang sebaknya, bila Noor Hamiza ceritakan macam mana dorang perlu berjauhan dengan ahli keluarga kerana wabak ini, dia sempat menitiskan air mata.

Kami berkorban jiwa dan masa untuk keluarga kami demi anda semua. Jadi anda semua tolonglah kami. Kita jaga kita, duduk di rumah dan kita lawan Covid-19.”

Bukan tu je, Noor Hamiza turut berkata dia terpaksa hantar anak-anaknya ke kampung sepanjang dia bertugas sebagai frontliners. Kerana ini dia mintak sangat orang lain untuk patuh arahan supaya dia dapat jumpa keluarganya semula seperti biasa.

Korang boleh tengok video penuh dekat bawah ni:

Allah, memang sebak betul tengok video ni.

 

Baca: “Dorang ni demand, panaslah tak selesalah” – Frontliner Dedah Attitude Kluster ‘Oversea’ MENJENGKELKAN!

Feat 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.