in

“Saya tak pernah keluarkan kenyataan ini” – Menteri Hal Ehwal Agama Tegur Netizen Guna Namanya Amal Habbatus Sauda Untuk Sembuh COVID 19

Agama Zul Habba

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak akhir-akhir ini, ramai di kalangan netizen telah menggunakan nama mereka yang ternama untuk kepentingan diri sendiri atau menyampaikan informasi yang salah.


Antara yang mangsa dalam situasi ini termasuklah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri yang kononnya dikatakan mengamalkan habbatus sauda untuk meningkatkan sistem imunisasi dan menolak vaksin COVID 19. 

886646

Susulan penyebaran posting tersebut, Dr Zulkifli telah memuat naik tweet yang menafikannya mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut.

Saya tak pernah keluarkan kenyataan seperti ini. Saya tidak pasti siapa yang menulisnya dan kemudian meletakkan laporan akhbar berkenaan saya,” katanya.

Menerusi posting daripada seorang netizen yang tidak dikenali itu juga, ia mendakwa menteri tersebut juga sembuh dari penyakit COVID 19 dengan sendirinya tanpa penggunaan vaksin kerana dengan mengamalkan habbatus sauda saja cukup untuk menguatkan imunisasi badan.

Posting itu juga turut menggunakan laporan berita Dr Zulkifli sembuh daripada wabak COVID 19 dan ia juga didakwa menggunakan nama beliau untuk tujuan iklan dan promosi.

Rata-rata netizen yang mengikuti isu ini mengecam tindakan individu terbabit yang melibatkan menteri dalam soal ini.

Fitnah

Harap tiada lagilah perkara macam ni. Tak pasal-pasal menteri agama kena. 

Baca: “Sangat tak betul kenyataan ini” – Ustaz Tepis Kenyataan, Menteri Agama Mohon Pejabat Mufti Teliti Isu Andika Putera

Agama

Sumber: The Star
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.