“Saya tak ada boyfriend, Aazief tu kawan je” – Dituduh Rampas BF Orang, Sharifah Rose Perjelas Hubungan Dengan Anak Datuk K

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Rasanya tak lama dulu, kecoh di media sosial tentang kisah percintaan anak tiri Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Aazief Khalid bersama kekasihnya yang juga seorang usahawan kosmetik, Tyra Kamaruzzaman.

Hubungan percintaan mereka yang ‘manis’ ni katanya tak ada angin tak ada ribut putus dipertengahan jalan dan tup-tup keluar pulak cerita katanya Aazief sudah temui pengganti Tyra. Siapaaa? 

Sumber: CARI

 

Sharifah Rose kekasih baru Aazief Khalid? 

Menurut Media Hiburan, instafamous terkenal, Sharifah Rose membuat kejutan apabila memuat naik gambar mesra bersama Aazief di Instagram yang seterusnya dipadam beberapa minit kemudian. 

Namun gambar tersebut sempat di’screenshot’ pengguna media sosial.

Sumber: Twitter

 

“Hormat la sikit Tyra tu. Baru ja putus kan” 

Perkongsian tak sampai seminit Sharifah Rose tersebut telah mendapat perhatian netizen yang memberi pelbagai macam reaksi. Ada yang merestui hubungan mereka dan ada juga yang siap tuduh Rose perampas! Wow! 

Sumber: Twitter

 

“Saya tak ada boyfriend. Saya berhak ada kawan lelaki ok. Aazief tu kawan je” 

Bengang dengan pelbagai tuduhan yang dilemparkan netizen kepadanya, Sharifah Rose akhirnya buka mulut tentang hubungan dengan Aazief Khalid. Menurut Rose, dia dan Aazief cuma kawan je.

Malah hubungannya dengan beberapa orang lelaki sebelum ini termasuklah penyanyi Kucaimars juga sekadar kawan biasa. Sian habis semua kena friendzone ye. 

Apa-apapun tak baik tau korang buat gosip macam tu. Kalau betul pun dorang bercinta, apa salahnya kan. Hubungan yang lepas tu lepaslah… 

Baca: Keunikan Tanda Lahir Gadis Ni Tarik Perhatian Ramai, Terpilih Jadi Model Produk Solekan

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!