in

Keunikan Tanda Lahir Gadis Ni Tarik Perhatian Ramai, Terpilih Jadi Model Produk Solekan

Gadis Muka Unik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang gadis jadi perhatian di Twitter lepas seorang jurusolek kongsi posting tentang keunikan wajahnya baru-baru ini.


Najilaa berkongsi tentang keunikan rupa paras gadis bernama Syamimi Afrina tu dan akui berasa bertuah sebab diberi peluang untuk menjadi MUA dalam sesi fotografi jenama produk solekan tempatan.

Syamimi Afrina memiliki tanda lahir di bahagian dahi namun perkara itu tidak menjatuhkan keyakinan dirinya malah dia berjaya terpilih jadi wajah untuk jenama produk BeauTYRA.

Najilaa juga turut menyifatkan yang kejelitaan Syamimi tu sukar digambarkan dengan kata-kata. Dia berasa amat bertuah kerana berpeluang make up wajah unik gadis tu yang menurutnya lain daripada yang lain.

Gadis Unik 4
sumber: twitter

“Saya bertuah kerana orang lain (jurusolek) dapat model biasa yang tiada cacat cela dan tiada kekurangan yang perlu disembunyikan.

“Tapi dengan Mimi (Syamimi Afrina), saya dapat model yang ada tanda lahir di muka dan memiliki masalah jerawat.

“Cabaran yang sukar adalah bagaimana saya nak jadikan wajah dia ‘stand out’ (menyerlah) supaya bila orang tengok dia, orang tidak fokus kepada tanda lahir, tapi kecantikan semula jadi yang ada pada dia.”

Menurut Najila, karakter mesra dan berkeyakinan tinggi dimiliki Syamimi itu membuatkan dirinya kelihatan bertambah cantik.

“Dia tiada perasaan ‘insecurity’ (tidak yakin diri) langsung, sangat peramah dan tidak pernah sekali pun dia menyebut tentang tanda lahir itu.

“Dia juga seorang sangat tenang dan disenangi ketika saya solek wajah dia.”

Gadis Unik 1
sumber: instagram
Gadis Unik 3
sumber: twitter

Netizen pun rata-rata memuji keyakinan Syamimi yang bukan malu tetapi sebaliknya embrace keunikan yang dia ada. Ada juga yang puji wajah dia ibarat watak kartun fiksyen Tinkerbell!

“Dia sangat cantik! Macam Tinkerbell.”

“Manisnya senyum.”

“Setiap wanita mempunyai kecantikan tersendiri.

“Saya percaya dia cantik luar dan dalam!”

Kita tak perlu rasa insecure dengan diri kita. Kadang-kadang apa yang kita rasa macam kekurangan tu sebenarnya adalah keunikan!

Baca: Dulu Dibuli Dan Diejek ‘Monster’ Oleh Rakan Sekolah, Kini Calon Ratu Cantik Malaysia

Evita Feature

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.