in

“Saya sudah menunggu selama 20 tahun”- Anwar Sedia Tunggu 6 Bulan Lagi Untuk Ganti Dr Mahathir

Featured 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini dah banyak desas desus yang kita dengar mengenai Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan sebagai next PM bagi menggantikan Tun Dr Mahathir.


Terbaru, dalam wawancara bersama Reuters, Anwar dilaporkan berkata beliau sanggup menunggu selama enam bulan dan ia bukan menjadi masalah kerana beliau sudah menunggu selama dua dekad, lapor Sinar Harian.

 

“Tunggu enam bulan bukan satu masalah…”

Anwar Ibrahim Meeting Malaysia King Sultan Muhammad V Reuters
Sumber: business insider singapore

Malah beliau yakin akan peroleh sokongan mencukupi bagi perkara tersebut.

Sudah menunggu selama 20 tahun, lanjutan enam bulan lagi bukan satu masalah.”

Malah katanya jika ada permintaan untuk beliau kembali ke parlimen, perkara itu boleh dilakukan.

“Jika ada permintaan untuk kembali ke Parlimen, sudah pasti ia boleh dilakukan, namun PH memiliki kuasa majoriti ketika ini. Walaupun bukan ahli PH, sebahagiannya akan menyokong Perdana Menteri.

“Saya juga diberi jaminan itu. Mereka menyokong Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, dan akan meneruskan sokongan itu apabila saya dilantik,”.

 

Anwar sedia melupakan ‘kisah silam yang pahit’

Malah Anwar dalam wawancara tersebut juga memaklumkan yang dia sedia melupakan kisah silam selain sanggup beri ruang kepada Dr Mahathir untu memberi sumbangan kepada negara.

Katanya keberadaan Dr Mahathir akan membantu meningkatkan keyakinan rakyat selain menyumbang kepada kestabilan negara.

41528433220 Freesize
Sumber: astro awani

Sebelum ini banyak laporan menyatakan perdana menteri, Tun Dr Mahathir berjanji untuk menyerahkan jawatannya kepada Anwar dalam tempoh 2 tahun selepas pilihan raya.

Namun beliau kemudian mengubah pendirian untuk kekal sebagai PM sekurang-kurangnya hingga November ini, bagi menganjurkan sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

Appeca 1575433876
Sumber: berita harian

Malah Anwar dalam wawancara tersebut juga memaklumkan yang dia sedia melupakan kisah silam selain sanggup beri ruang kepada Dr Mahathir untuk memberi sumbangan kepada negara.

Katanya keberadaan Dr Mahathir akan membantu meningkatkan keyakinan rakyat selain menyumbang kepada kestabilan negara.

 

Baca : Anwar Kena Jadi PM, Kalau Tak – KJ

1 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.