in

“Saya rasa nak muntah” – Jijik, Lelaki Tergigit Gigi Orang Lain Dalam Makanan Pesawat

Screenshot 2019 03 01 At 7.02.56 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bayangkan korang tengah sedap-sedap makan tiba-tiba tergigit benda keras… Ini apa yang berlaku pada lelaki yang sedap menikmati makanan dalam kapal terbang dari New Zealand ke Australia.


Menurut Mothership, penumpang Singapore Airlines, Bradley Button sedang asyik mengunyah makanan tiba-tiba tergigit objek keras.

Bradley terkejut bila melihat objek di dalam mulutnya itu saling tak tumpah seperti gigi manusia! Gelinya!

Screenshot 2019 03 01 At 6.52.56 Pm
Sumber: nst

“Sepanjang perjalanan, saya rasa nak muntah. Bila fikir bahagian orang lain ada dalam makanan yang saya makan memang meloyakan.”

Apa yang Bradley tambah marah bila pramugari di situ cuba yakinkan yang objek itu bukan gigi tapi batu.

Tapi, Bradley dan penumpang di sebelahnya yakin objek tersebut memang gigi manusia.

Giphy

News Straits Times berkata, pihak Singapore Airlines telah memohon maaf dan memberikan voucher sebanyak SGD72.60 (RM219.12) yang boleh digunakan untuk membeli barang tanpa cukai dalam pesawat Singapore Airlines.

Pesawat Singapore Airlines juga sedang menyiasat kejadian ini dan telah menghantar objek tersebut untuk analisis.

Agak-agak cukup ke dapat voucher je? Termakan gigi orang lain kot!

Baca: Kapal Terbang Terpaksa Buat Pendaratan Kecemasan Kerana Penumpang Lelaki Tak Berhenti Kentut

Screenshot 2019 03 01 At 6.56.26 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.