in

“Saya nak minta kat Tuhan matikan saya sekarang!” – Isteri Tenat Sakit Kanser, Suami Seronok Curang Dengan Adik Ipar Sendiri

Hopeless Love

Rata-rata kes penceraian dan keretakan rumah tangga kebanyakannya kita dengar berpunca daripada masalah orang ketiga. Senang cerita, salah seorang daripada pasangan curang dan ada kekasih lain.

Boleh dikatakan hubungan suami isteri orang zaman sekarang ni memang berbeza sungguhlah daripada orang zaman dulu. Sangat setia hingga ke hujung nyawa. Tapi orang sekarang pulak, isteri yang sakit belum lagi meninggal tapi suami dah pandai cari lain. 

 

“Saya tahu masa saya dah tak lama… saya ni paling kuat boleh tahan sampai raya ni je” 

Menerusi perkongsian seorang isteri di Facebook, dia yang disahkan menghidap kanser payudara tahap 4 ni sudah semakin tenat dan menjangkakan kehidupannya tak lama atas muka bumi ni.

Dalam melalui sisa-sisa kehidupan, mestilah seorang isteri tu perlukan sokongan dari suami. Tapi seperti yang korang semua dapat agak, suami si wanita ni dah mula buat perangai ‘tahi’ bila senyap-senyap hilang waktu malam. Uish takkan dah mula cari pengganti??

Kanser 1
sumber: facebook

 

“Terkejut saya bila dengar suara yang menjawab tu suara adik perempuan sendiri” 

Min tak tahulah betapa peritnya wanita ni perlu lalui apabila dia mengetahui rupa-rupanya skandal kepada suaminya tu adalah adik perempuannya sendiri. Tergamak eh buat kat kakak sendiri macam tu?

Kanser 2
sumber: facebook
57314222 1568261523306096 7932631448400429056 N
sumber: facebook

Uish siap ajak check in hotel lagi! 

 

“Ini bukan adik ini bangsat, time kakak kau sakit kau menyundal dengan laki kakak kau sendiri” 

Rata-rata netizen memang bengang habislah bila baca posting yang diluahkan wanita malang tersebut. Ramai yang mencaci maki si suami dan adik confessor, tak kurang juga yang beri jalan penyelesaian dan nasihat bernas.

Pesan admin, yang baik kita ambil pedoman dan yang tak elok tu kita jadikan sempadan.

Komen Netz
sumber: facebook

Doa admin semoga si isteri bertabah dengan dugaan yang menimpanya. Apa-apapun ingat Tuhan dan luangkan banyak masa bersama-sama anak dalam melalui sisa-sisa hidup yang ada ni. 

Baca: “Suami suruh saya gugur anak ni” – Isteri Kecewa Dituduh Suami Curang Gara-gara Positif HIV, Rupanya…

Curang