in

“Saya nak dia mati” – Keluarga Mangsa Bunuh Rambo Bentong Tak Setuju Kerajaan Nak Hapus Hukuman Mati

Collage 31

Nama Rabidin Satir atau lebih dikenali sebagai Rambo Bentong pernah menghiasi dada-dada akhbar tak lama dulu. Dia telah dijatuhkan hukuman mati pada tahun 2014 selepas dia didapati bersalah membunuh seorang remaja, Annie Kok pada tahun 2009.

Bagaimanapun, dengan rancangan kerajaan mahu menghapuskan hukuman mati mandatori terhadap 11 kesalahan yang boleh dikenakan hukuman gantung ini mungkin boleh menyelamatkan nyawa penjenayah-penjenayah merbahaya termasuk Rabidin.

Rambo Bentong1
Sumber: mynewshub

Menurut The Star, ibu Annie Kok, Tan Siew Lin berkata, dia tak akan rehat sehingga pembunuh anaknya dikenakan hukuman gantung dan hanya akan tenang selepas tahu lelaki itu telah mati.

Keluarga Annie yang masih menangis setiap kali hari jadi anaknya ini mengatakan, jika Rabidin tak dikenakan hukuman gantung, keluarga mereka tak akan tenang kerana kematian remaja ini tak ditebus.

Death Penalty Putrajaya 1401 1
Sumber:malay mail

Peguam keluarga ini, Christine Teng berkata, mereka merasakan pihak kerajaan telah pun membuat keputusan muktamad untuk melaksanakan penghapusan ini kerana mereka telah dilarang untuk menghantar petisyen ke parlimen.

Kalau korang nak tahu, Rabidin juga telah didapati bersalah atas tujuh tuduhan rogol dan bunuh, oleh itu, keluarga mangsa yang lain juga turut menyertai keluarga Annie Kok bagi membantah keputusan kerajaan ini.

Korang rasa patut ke hukuman mati ni dihapuskan?

 

Baca: “Hancur hati mak bapak dia” – Mak Ayah Perogol Ini Tak Tahu Anak Gay, Pernah Cuba Jodohkan Dengan Gadis Indo

Screenshot 2020 01 15 At 3.58.36 Pm