in

ASEAN Records Dituduh Dengan Surat Palsu, Tetapi Rupa-rupanya Ada Plot Twist Tak Disangka!

Syaz Ft 2026 05 19T165510.412

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kontroversi membabitkan ASEAN Records Sdn Bhd terus menjadi bualan hangat netizen selepas syarikat itu tampil mempertahankan status operasi mereka susulan dakwaan salah guna nama ‘ASEAN’ oleh pihak tertentu sebelum ini.

Apa sebenarnya yang berlaku? 

Isu ini kecoh diperkatakan selepas sebuah kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Persatuan Pengguna Semenanjung Malaysia (PPSM) mendakwa kononnya syarikat swasta ini mengenakan caj tinggi dan menyalahgunakan nama ‘ASEAN’.


Bagi membersihkan imej syarikat, ASEAN Records mendedahkan dua bukti utama yang menunjukkan operasi mereka adalah sah di sisi undang-undang:

  • Kelulusan Sekretariat ASEAN: Diperoleh menerusi surat rujukan bertarikh 1 Disember 2023 yang ditandatangani oleh Timbalan Setiausaha Agung ASEAN bagi Hal Ehwal Komuniti dan Korporat, Tran Duc Binh.

  • Kelulusan Kerajaan Malaysia: Menerima Kelulusan Menteri di bawah Seksyen 27(3) Akta Syarikat 2016 bagi penggunaan perkataan diwartakan ‘ASEAN’ dalam nama syarikat bertarikh 14 November 2023.

Artikel berkaitan: Malaysia Kini Tempat Ke-13 Negara Paling Aman Di Dunia, Kedua Di ASEAN

Artikel berkaitan: Seni Makan Guna Tangan, Bukti Warisan Serumpun Masih Teguh di ASEAN

Pengarah dan Ketua Adjudikator Bersama ASEAN Records, Eldrick Koh menegaskan syarikatnya tidak pernah menerima sebarang notis pembatalan atau penarikan semula kelulusan tersebut, sekaligus membuktikan segala dakwaan liar sebelum ini adalah tidak berasas.

‘Plot Twist’ Persatuan Pengguna Rupa-Rupanya Tak Berdaftar & Guna Surat Palsu!

Bagaimanapun, hasil semakan balas yang mengejutkan daripada ASEAN Records mendapati:

  • Status PPSM tidak berdaftar: Semakan rasmi dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) menerusi surat bertarikh 13 Mei 2026 mengesahkan bahawa PPSM tidak berdaftar sebagai pertubuhan sah di Malaysia.

Whatsapp Image 2026 05 18 At 4.24.43 Pm 1

  • Taktik Guna Akaun Baharu: Halaman Facebook PPSM dikesan baru sahaja diwujudkan sekitar Mei 2026 dan mendakwa diri mereka sebagai NGO walaupun tanpa pendaftaran rasmi.

  • Kantoi Guna Surat Palsu: Pihak Sekretariat ASEAN telah mengesahkan secara bertulis bahawa surat bertarikh 27 Mac 2026 yang digunakan oleh kumpulan PPSM untuk menuduh syarikat tersebut adalah dokumen palsu.

Untitled Design 1

Dua Laporan Polis Sudah Dibuat

Pihak syarikat menjelaskan bahawa ASEAN Records beroperasi sebagai badan pengiktirafan rekod serantau bebas dan bukannya ejen atau wakil rasmi kepada Sekretariat ASEAN. Mereka juga tidak pernah mendakwa pengiktirafan yang diberikan itu datang daripada Sekretariat ASEAN sendiri.

Oleh itu, semua rekod dan pencapaian yang telah dianugerahkan oleh syarikat sebelum ini disahkan masih kekal sah.

Susulan tindakan fitnah dan penyebaran dokumen palsu yang menjejaskan reputasi ini, dua laporan polis telah dibuat masing-masing di Kepong dan Cheras pada Ahad lalu. Kes kini sedang dalam siasatan penuh pihak polis.

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.