in

“Correct!” – Peminat Jerit ‘Viva Viva Palestina’ Masa Konsert, Respon Harry Styles Buat Ramai ‘Excited’!

Syaz Ft 2026 05 19T121250.797

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu pergolakan dan kemanusiaan yang melanda bumi Palestin terus mendapat perhatian dan sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada masyarakat dunia. Bukan sahaja orang ramai, malah barisan selebriti antarabangsa juga kini dilihat semakin lantang menyuarakan solidariti mereka secara terbuka.

Terbaharu, tular sebuah video di media sosial memaparkan tindakan berani seorang peminat tegar yang melaungkan slogan sokongan terhadap Palestin ketika menghadiri konsert penyanyi pop terkenal dunia, Harry Styles.


Artikel berkaitan: “One Direction dah jadi wrong direction” – Zayn Malik Didakwa T*mbuk Louis Tomlinson, Gara-gara Petik Nama Mendiang Ibu?

Artikel berkaitan: Selepas 9 Tahun, One Direction ‘Bersatu’ Semula Di Pengebumian Liam Payne

Sahut Laungan Peminat Dengan Jawapan Padu

@celebrities4palestine

Pop Star Harry Styles Responded “Correct” to a Fan Who Shouted “Viva Viva Palestina” 🇵🇸 Its the first time Harry engages with the topic of Palestine. Is this the statement fans were waiting for? #harrystyle #music #celebrities

♬ original sound – celebrities4palestine

Menerusi video pendek yang dikongsikan itu, Harry Styles dilihat sedang berdiri di atas pentas sambil memegang gitarnya sebelum memulakan lagu seterusnya. Suasana yang tadinya bising tiba-tiba diselitkan dengan laungan kuat daripada seorang peminat di dalam stadium.

“Viva Viva Palestina!” Jerit individu berkenaan dengan lantang.

Apa yang mencuri perhatian ramai adalah respon spontan yang diberikan oleh bekas ahli kumpulan One Direction itu. Tanpa teragak-agak, Harry terus mendekatkan mikrofon ke mulutnya dan menyahut laungan tersebut dengan tenang.

Correct (Betul),” jawab Harry pendek sambil diiringi sorakan gemuruh daripada ribuan penonton yang membanjiri konsert tersebut.

“Long Live Palestine…”

Tidak berhenti di situ, penyanyi lagu As It Was ini kemudiannya mengambil kesempatan untuk menyampaikan sebuah ucapan ringkas mengenai keamanan dunia di atas pentas. Menurutnya, tindakan-tindakan kecil dan cara manusia melayan satu sama lain di dalam ruangan tersebut adalah contoh terbaik untuk mengubah dunia ke arah yang lebih baik.

Sebelum menamatkan ucapannya dan meneruskan persembahan, laungan “Viva Viva Palestina” sekali lagi kedengaran di dalam stadium tersebut.

Menjengah ke ruangan komen di media sosial, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dan memuji tindakan berani penyanyi berusia 32 tahun itu.

Cats 16

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.