Lebih sedekad berkecimpung dalam dunia seni, pelakon Zara Zya ada membuat pendedahan tentang sisi gelap yang terjadi kepadanya semasa awal penglibatannya dalam dunia lakonan.
Ketika ditemubual dalam program Nona baru-baru ini, Zara mendedahkan dia pernah menjadi mangsa gangguan seksual daripada pihak produksi dan pernah ‘diumpan’ oleh rakan artis sendiri.
Artikel berkaitan: “Beria doktor suruh staf keluar bilik” – Zara Zya Disangka Pakai Susuk
Artikel berkaitan: “Rasa dia 1/10” – Zara Zya Respon Pelanggan Kritik Kambing Perap Jualannya Tak Sedap
Pergi casting kena ‘reject’ kalau bawa ibu
Jelasnya, semasa awal penglibatan dalam dunia seni, pelakon yang namanya mula melonjak naik menerusi drama ‘Love You Mr Arrogant’ ini menceritakan bahawa dia pernah ditolak tawaran berlakon hanya kerana membawa ibunya teman untuk proses uji bakat dalam sebuah drama.
“Zaman aku dulu kena casting. Ada masa aku pergi sendiri, bila aku bawa mama aku, kena reject. Dia ingat aku bila shooting pun akan bawa mama aku, kenapa?
“Sebab niat dia tak elok, kalau aku bawa mama, macam mana dia nak buat sesuatu dekat aku, macam mana nak ajak aku pergi karaoke, macam mana nak ajak aku ke bilik, contoh, tak masuk akal kan? Tapi itulah aku.”

Dalam satu situasi lain Zara turut mendedahkan yang dirinya pernah diganggu oleh seorang penerbit terkenal untuk melakukan perbuatan tidak senonoh terhadapnya jika ingin mendapat tawaran berlakon.
“Skrip dah ada ni Zara, jumpa saya kat sini, kat mana? Tempat karaoke. Eh? macam mana ni, tempat karaoke lah, bukan tempat meeting, tak tergamak eh. Aku dah beberapa kali jumpa orang tu, dia producer lah dulu, sekarang tak tahu dia buat apa, banyak orang-orang yang buat aku ni sekarang tak ke mana.”
“Satu hari tu aku pergi karaoke dengan kawan aku, bila kawan aku keluar, dia suruh aku buka baju. Aku lari lah. Tapi aku orang yang tenang bukan mudah panik sangat, aku tahu macam mana nak lari dengan baik supaya orang tu takkan mengejar aku. Jadi, aku cakaplah aku keluar sekejap, kawan aku ni tinggal barang. Aku tak patah balik dah, dia cari aku, aku terus block dia.”
‘Diumpan’ rakan artis untuk melayan VIP
Dalam pada itu, Zara turut mendedahkan yang dirinya pernah hampir ‘dijual’ oleh rakan artis sendiri selepas diajak oleh individu tersebut untuk ke sebuah hotel.
Pada awalnya, Zara menganggap bahawa acara itu hanya untuk makan-makan, namun terkejut apabila dia mendapati terdapat ramai orang yang menunggu masa untuk ‘dilayan’.

“Itu karaoke, ini kawan-kawan artis yang aku kenal, ajak aku ke hotel, aku pergi lah, rupanya kat situ ada lelaki-lelaki. VIP lah. Aku nak cakap terkejut tau, aku ingatkan ada buat makan-makan ke, rupanya tak, memang ada orang yang menunggu untuk masuk ke bilik, aku tak nak, dia tak nak hantar aku keluar.
“Lama juga masa untuk aku tarik tali, orang ajak, aku cakap tak nak, tapi situasi tu menakutkan tau buatkan aku rasa macam eh, kenapa buat aku macam ni ek? Aku dah percaya dia, tapi kenapa ajak aku buat benda-benda macam ni.”
“Dia ingat aku ni macam dia lah, sejenis yang sibuk keluar, memang aku perlukan duit pada waktu itu, buat apa, tak baiklah! Bukan dengan cara itu, jatuh bangun pun aku dengan cara yang baik.”
Malah, Zara juga mendedahkan yang dia pernah terkena gangguan seksual daripada rakan artis yang cuba ambil kesempatan dengannya.
Bagaimanapun, selepas beberapa tahun berlalu, Zara menjelaskan bahawa orang sudah mula menghormatinya sekarang berbanding zaman awal penglibatan saat dirinya bukan siapa-siapa.
Sumber: Threads
