Berikutan dengan tindakan mengislamkan golongan suku Bajau Laut di Pulau Tatagan, Semporna ketika menghulurkan bantuan, ia telah mengundang pelbagai reaksi segelintir pihak.
Susulan itu, Ustaz Ebit Lew hari ini ada muat naik status di Facebook menyatakan bahawa dia diarahkan untuk berhenti menyalurkan bantuan di pulau-pulau di Semporna.
Saya diberitahu antara hukuman boleh dikenakan didenda 100 ribu atau penjara 3 tahun”
Katanya, dia boleh dikenakan hukuman jika terus dilakukan. Ustaz Ebit Lew juga ada memohon maaf kepada penduduk-penduduk yang telah ‘di islamkan’ itu.
Disebabkan arahan itu juga, beliau terpaksa menangguhkan pembinaan sekolah kecil atau pusat kegunaan masyarakat setempat yang telah dirancang sebelum ini biarpun perkakasan untuk membina seperti kayu telah ada.
Ustaz Ebit Lew juga mengatakan bahawa dia sudah kumpul 7 orang guru untuk mengajar disitu.
Bukan sekolah saya. Tiada caj. Lebih kepada tempat nak aktiviti dan pendidikan. Sebab dekat sana tiada tempat untuk buat begitu. Dari bot jer bagi bantuan.”
Saya dah beli kayu-kayu. Saya dah kumpul 7 orang guru. Semangat mereka nak mendidik. Dan menjadi sumber pendapatan mereka. Saya minta maaf yer ustaz ustazah semua.”
Bagaimanapun, beliau langsung tidak berkecil hati dan tetap meneruskan perjuangannya
“Tadi ramai menangis sedih termasuk anggota yang patutnya bawa kami ke Pulau-pulau. Saya terharu sifat baik dan kasih sayang orang Sabah. Macam keluarga sendiri. Sayang semua seperti mereka sayang saya. Saya sayang semua. Saya maafkan semua. Saya tidak berkecil hati perjuangan di teruskan.”
Beliau akan terus ke Tawau untuk menyempurnakan hajat menyalurkan bantuan sebelum pulang ke Semenanjung.
“Terima kasih semua. Sehingga berjumpa lagi jika ditakdirkan Allah. Saya serahkan segala urusan kepada Allah. Cukuplah kepada Allah orang mukmin itu berserah.”
Untuk rekod, Ustaz Ebit Lew sebelum ini ada membimbing 157 orang di Pulau Tatagan memeluk Islam.
Katanya, ia berikutan dengan segelintir penduduk bertanyakan kepadanya ‘siapa Tuhan’ ketika tiba untuk memberi bantuan. Bagaimanapun, perkongsian video bimbingannya itu telah dipadamkan.