in

“Tuhan tu apa?” – [VIDEO] Nak Beri Bantuan, Ustaz Ebit Lew Terus Islamkan Satu Kampung Lepas Ditanya ‘Siapa Tuhan’

Ft Ebitislam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Niat asalnya mahu memberi bantuan kemanusiaan kepada suku Bajau Laut di Pulau Tatagan, Semporna namun tanpa disangka-sangka Ustaz Ebit Lew berjaya bawa satu kampung seramai 157 orang daripada mereka memeluk Islam.


Melalui sebuah video dikongsinya di Instagram, penduduk kampung itu dilihat mengerumuni bot dinaiki beliau dan mengikutnya mengucap syahadah. Video itu sehingga kini mempunyai 1.3juta tontonan dan menurut beliau hari itu merupakan hari paling sedih dalam hidupnya.

Kata beliau, ketika tiba untuk memberi bantuan ramai yang datang kepadanya dan bertanya tentang siapa Tuhan dan apa itu Tuhan.

Ya Allah menangis saya hari ini gembira. Seramai 157 orang mengucap syahadah. Satu kampung memeluk Islam petang ini. Semuanya dengan rela tanpa paksaan memeluk Islam.”

Saya ke sana untuk beri bantuan. Dengar mereka susah dan putus bekalan makanan. Mereka susah sangat. Bajau laut kumpulan manusia tanpa negara. Tengok anak kecil terus menangis. Berebut-rebut datang dekat saya. Mereka beri nama anak selepas setahun kerana risiko kematian tinggi untuk anak bawah setahun.”

Tiba-tiba ramai tanya saya siapa tuhan. Tuhan tu apa. Saya terus sebak. Saya dengan penterjemah tanya pernah tak sesiapa terangkan tentang agama. Mereka jawab tiada. Kami tak tahu. Tolong bagitahu kami. Saya terus sebak. Saya kumpulkan semua dikeliling bot tadi.”

Mereka semua terus percaya. Saya ajar mereka syahadah. Inilah hari paling sedih gembira dalam hidup saya. Terima kasih Allah.”

Ya Allah menangis saya hari ini gembira. Seramai 157 orang mengucap syahadah. Satu kampung memeluk Islam petang ini….

Posted by Ebit Lew on Sunday, January 31, 2021

 

Ramai netizen termasuk artis serta personaliti TV yang mengucapkan rasa syukur atas perbuatan ustaz Ebit Lew dan sentiasa mendoakan agar semua urusan beliau dipermudahkan. Melalui Facebook pula, dapat dilihat ada individu berbangsa Cina yang berterima kasih dengan beliau kerana membantu rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama. Kata individu bernama Jacky Wong itu,

USTAZ EBIT LEW ~ Terima kasih negaraku mempunyai mu, anda mesra, baik hati, hari hari tolong orang, tak kira bangsa, tak kira agama, mohon Allah menjaga Ustaz selama-lama, semogo sentiasa dimurahkan rezeki, anda HERO kepada negara kita, terima kasih USTAZ EBIT LEW ??.”

Baca: “Dapat hari yang sama” – Ibu Tunggal Cuba Nasib Komen di Facebook Ebit Lew Mohon Tablet, Lepas 45 minit Terus Dapat Respon!

Tab Percuma

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.