“Saya harap mereka dapat memaafkan saya” – Akibat Menghina YDP Agong, Eric Liew Terima Padah Bakal Dibuang Kerja?

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Berita perletakkan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong XV yang berkuat kuasa semalam (6 Januari 2019) telah mengejutkan ramai pihak.

Dalam pada ramai yang bersedih dan tidak menyangka perkara ni berlaku, muncul komen daripada seorang netizen bernama Eric Liew yang menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia.

Sumber: Twitter

 

Eric Liew sudah mohon maaf tapi…

Menerusi perkongsian di Twitter, Eric yang sedar akan kesalahannya itu telah memohon maaf di ruangan Facebook namun… bak kata pepatah terlajak perahu boleh diundur tapi terlajak kata, buruk padahnya! 

Sumber: Twitter

Menurut sumber Twitter, syarikat tempat Eric berkhidmat, Cisco System bakal mengadakan siasatan akan hal terbabit dan kemungkinan besar mengambil tindakan ke atasnya disebabkan komen yang dilemparkan terhadap YDP Agong tempoh hari.

Sumber: Twitter

 

“Jangan buat main dengan Agong bro… buruk padahnya nanti” 

Rata-rata netizen memberi respond negatif terhadap Eric meskipun dia telah memohon maaf atas kelancangan lidahnya dalam melemparkan kata-kata terhadap YDP Agong. Ada jugak yang berharap Eric akan diberhentikan kerja sebagai pengajaran ke atas apa yang dilakukannya itu.

Sumber: Twitter

 

UMNO desak PDRM segera bertindak

Dalam pada itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki juga mendesak agar pihak Polis DiRaja Malaysia agar bertindak segera ke atas Eric Liew yang jelas-jelas menghina DYMM Sultan Muhammad V dengan kaitkan jawatan Baginda dengan dakwaan Tuanku sibuk berzina.

“Ini suatu penghinaan dan fitnah jahat yang melampau terhadap Yang di-Pertuan Agong dan sultan. Kalau di negara lain termasuk negara jiran Thailand, orang seperti ini sudah lama menerima tindakan undang-undang yang keras,” katanya kepada Utusan Online.

Sumber: Astro AWANI

Apa-apapun admin harap pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya kepada mereka yang telah menghina Agong dan institusi beraja ini. Moga ia jadi pengajaran kepada netizen di luar sana untuk tidak sesuka hati mengeluarkan kata-kata yang boleh menyebabkan pergaduhan sesama kaum. 

Baca: “Tak wajar guna kebebasan bersuara untuk hina Agong” 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!