in

“Tak wajar guna kebebasan bersuara untuk hina Agong”

Af402Bdc5A6Ff69600Babe929879Dc79 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam kecoh pasal seorang bekas editor akhbar tempatan Datuk A Kadir Jasin menulis satu artikel pasal perbelanjaan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di mana katanya sampai mencecah ratusan juta ringgit.


Menurut Sinar Harian, Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim ternyata tidak bersetuju dan mengkritik tindakan Kadir yang dianggap mempertikai hak dan keistimewaan Agong.

Forum 08 Kadir
sumber: mpi

Anwar merasakan bahawa adalah tidak wajar untuk Kadir menggunakan hak dan kebebasannya untuk menyerang institusi Raja-Raja Melayu dengan fakta-fakta yang masih diragui kesahihan dan boleh dipertikaikan.

“Saya tidak menafikan hak seseorang menulis dan berbicara tetapi untuk menyerang dan menghina raja-raja dengan fakta dipertikai dan maksud untuk menimbulkan permasalahan dalam negara kurang wajar.”

Af402Bdc5A6Ff69600Babe929879Dc79
sumber: malaysiakini

Suami kepada Timbalan Perdana Menteri ini juga memaklumkan bahawa pihaknya tanpa mendapat sebarang arahan dari mana-mana pihak sentiasa berusaha keras untuk memberikan keyakinan kepada institusi raja bahawa Pakatan Harapan akan membela hak dan kedudukan Raja-raja Melayu.

“Kami sudah bekerja keras untuk dapatkan penghargaan daripada Raja-raja Melayu, untuk mengubah kerajaan yang sudah 60 tahun mentadbir, serta meluangkan banyak masa dengan Raja-raja Melayu.”

5C9577Cdcfb1D96005Bbbf0E64F4000D
sumber: malaysiakini

“Saya akan bertemu dengan Sultan Kedah, Terengganu dan Perak. Saya lakukan semua ini dengan hubungan yang saya ada untuk membantu kerajaan dan Perdana Menteri supaya ada peralihan yang aman.”

Era baru ni kita diberikan hak dan kebebasan untuk bersuara tanpa batas. Tapi jangan la sebab tu kita suarakan sesuatu yang tak pasti ataupun boleh menggugat keamanan negara pula.

Baca: Tun M Akan Kaji Dakwaan RM257 Juta Belanja Agong

Ma

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.