in

“Saya dari Ampang, New York” – Penyokong Trump Kena ‘Serang’ Dengan Netizen di TikTok Sebab Guna Emoji Bendera M’sia

Feat2 9

Ramai penyokong tegar Trump yang sukar menerima kenyataan dan keputusan Pilihan Raya Amerika Syarikat baru-baru ini yang memihak kepada Joe Biden. Namun, ada segelintir yang pasrah dan terpaksa terima Joe Biden sebagai presiden baru mereka, pada masa yang sama tetap menyokong Trump.

Menurut AsiaOne, salah seorang penyokong Trump baru-baru ini telah mengucapkan tahniah kepada presiden baru AS di TikTok dan mengajak rakyat negara itu untuk kekal bersatu.

Tapi, lelaki yang memakai topi berwarna merah dan kelihatan sedih itu tersalah guna emoji bendera AS. Dia sebaliknya menggunakan bendera negara kita, Malaysia!

@lil.virg0

#biden #trump2020

♬ original sound – chum

Mungkin kesilapan itu dianggap kecil, yela sebab emoji kan kecik dan bendera AS lebih kurang sama dengan kita (warna dan design). Ramai netizen Malaysia mengambil kesempatan itu untuk membanjiri ruangan komen di video TikTok lelaki tersebut.

Kebanyakannya berseloroh dan meninggalkan komen dengan memberitahu tempat tinggal atau asal mereka tetapi di bahagian belakang diletakkan nama negeri di AS. Seorang netizen menulis,

Saya bangga saya dari Kokdiang, Texas.”

Troll3

Troll4

Troll5

Ada juga yang melawak dan kata tak sangka dia sebenarnya ‘american’. Meskipun tahu dirinya kena ‘troll’ dengan netizen Malaysia dan video dipenuhi komen, lelaki tersebut tidak melatah atau marah.

Sebaliknya, selepas video itu membuatkannya diperli dan ‘diserang’, lelaki terbabit ada memuat naik 2 buah video yang lain dan melawak berkenaan bendera AS dan juga Malaysia.

@lil.virg0

thank you for viewing my recent videos! #usa #america

♬ That’s My Best Friend – Tokyo Vanity

@lil.virg0

Reply to @angelaji31 they’re similar but the Malaysian flag is actually ?? #usa #malaysia #trump #biden

♬ original sound – KyWavyyy

 

Baca: “Trump adalah presiden saya selamanya” – Nak Tunjuk ‘Support’ Pada Trump Walaupun Kalah Tapi Guna Bendera Malaysia Pula!

Feat3 1

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok