in

Sangka Kekasih Kena Tangkap Polis Sebab Dadah, Rupa-rupanya Buat Surprise Nak Melamar di Airport

Fi Tunang 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Sangka Kekasih Kena Tangkap Polis Sebab Dadah, Rupa-rupanya Buat Surprise Nak Melamar di Airport
Loading
/

Perkahwinan merupakan saat paling terindah bagi setiap pasangan yang bercinta. Oleh itu, ramai pasangan yang ingin mendokumentasikan saat-saat sebelum perkahwinan mereka hingga ke majlis tersebut sebagai kenang-kenangan di masa hadapan.


Bukan itu sahaja, ada pasangan yang sanggup melakukan apa sahaja bagi menjadikan proses perkahwinan mereka diingati sampai bila-bila.

Menurut Asia One, seorang lelaki telah mengejutkan kekasihnya dengan surprise luar biasa di Ipoh baru-baru ini sementara kononnya menanti untuk berlepas ke Singapura bersempena Hari Natal.

Tunang9
sumber: asia one

Yew Kar Yee, 20 tahun, berada dalam ketakutan selepas kekasihnya Cheung Chan Choon, 30, telah ditangkap oleh polis bantuan di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah kerana memiliki bahan terlarang di dalam begnya pada 24 Disember lalu.

Prop1
sumber: mmo
Tunang3
sumber: asia one

Walau bagaimanapun, ketakutan wanita tersebut berubah kepada kegembiraan apabila perkara yang dilaksanakan sebenarnya telah dirancang oleh Cheung bagi melamarnya.

Saya tak tahu apa yang berlaku. Tangan saya menggigil sepanjang masa ketika itu.”

Yew yang berada dalam keadaan ketakutan dan kebingungan kemudian telah didatangi oleh Cheung yang lengkap berpakaian seragam juruterbang dan diiringi oleh kumpulan penyanyi dan jurugambar sebelum dia melutut lalu melamar Yew.

Tunang7
sumber: asia one
Tunang4Blur
sumber: asia one

Cheung yang merupakan seorang pembantu kedai optik telah merancang lamaran ini sejak bulan Jun lagi. Dia juga memberitahu bahawa dia menginginkan lamaran istimewa yang tidak dapat dilupakan kekasihnya itu.

Menurutnya, Cheung telah meminta kakak Yew untuk berpura-pura menjemput mereka berdua ke Singapura bagi percutian pendek sempena Hari Natal serta bagi menemankan dan menenangkan Yew.

Tunang5Blur
sumber: asia one

Ujar Cheung lagi, dia memilih lapangan terbang sebagai lokasi lamaran kerana ia belum pernah dilakukan oleh orang lain. Selain itu, syarikat pengurusan acara yang diupahnya mempunyai hubungan dengan polis bantuan di situ yang memudahkan urusan mereka.

Apabila ditanya ketika ditemu bual, Cheung berkata bahawa pernah terlintas di fikirannya jika lamarannya ditolak setelah mengadakan majlis besar-besaran seperti ini. Namun, dia memilih untuk tidak begitu risau akan hal tersebut kerana sangat menyayangi Yew.

Semuanya berbaloi. Saya mahu dia mempunyai kenangan yang tidak dapat dilupakan sepanjang hidupnya.”

Difahamkan lebih kurang 30 orang telah terlibat di dalam menjayakan lamaran mereka yang menelan belanja sebanyak RM10,000 dan mereka berdua bercadang untuk berkahwin pada tahun hadapan.

Tahniah! Harap mereka berdua akan bahagia hingga ke akhir hayat.

Baca: Romantiknya! Dua Pasangan Bertunang di Konsert Ed Sheeran Semalam

Tunang1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.