“Sambal dia cium jari boleh mimpi” – Bekas Pelajar UiTM Rindu Nasi Lemak Jati, Tertanya-tanya Kehilangan Pakcik Ni

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Kalau korang ex-student UiTM Shah Alam atau tinggal berdekatan universiti ni, korang mesti familiar dengan Nasi Lemak Jati yang memang legend kat kawasan tu. Dulu masa zaman student, admin pun antara customer tetap kedai nasi lemak ni tau!

Tapi masa pun berlalu dan dengarnya pakcik yang menjual nasi lemak ni dah tak jual kat situ lagi. Apa sudah jadi? Menerusi perkongsian netizen di Facebook, rata-rata bekas pelajar di universiti tu menyuarakan kerinduan mereka terhadap nasi lemak ni. 

 

“Ada yang siap cakap sambal dia… cium jari boleh mimpi” 

Menurut netizen Muhammad Firdaus, mana-mana wall atau grup kawan sesama UiTM kini galak bersembang mengenai ‘Nasi Lemak Jati’ yang suatu masa dulu sangat legend di kalangan pelajar UiTM.

Tambahnya, ada yang terlampau rindu sampai terbawa-bawa bau sambal nasi lemak dalam mimpi oi… Tapi dengarnya pakcik ni dah tak menjual sini lagi. Laa pakcik ni pi mana? 

Sumber: Facebook

 

“Sekarang jual air kat pasar tani stadium je” 

Tapi kehilangan pakcik ni tak jadi misteri lagi sebab ada netizen yang beritahu rupanya pakcik ni menjual air di pasar tani stadium.

Ada juga yang memujuknya untuk kembali menjual di lokasi sama, tapi nampaknya pakcik ni belum fikirkan tentang hal tu lagi. Yelah kan, pakcik ni pun dah tua agaknya. Bayangkan korang masa tu budak-budak mentah lagi, sekarang dah anak tiga. 

Sumber: Facebook

 

“Kalau pergi Shah Alam selalu tertanya ada lagi ke pakcik ni niaga. Kalau pandai borak ngan pakcik tu, dapatlah air laici free” 

Meskipun dah bertahun berlalu, netizen seronok nampaknya mengimbau kembali memori di UiTM Shah Alam sambil pekena nasi lemak ni. Rindunya lepak dan belajar dengan kawan masa zaman U dulu… 

Sumber: Facebook

Andai boleh putar masa… ah rindunya zaman U! 

Baca: “Rindu gilerrr zaman Boboy!” – Selepas 12 Tahun Menyepi, Peminat Teruja Tengok Naqiu Dalam Gegar Vaganza

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!