Saban hari, bilangan kes Covid-19 di dunia semakin meningkat. Perkara ini adalah disebabkan varian Delta Covia-19 yang boleh merebak melalui udara.
Terkini, satu varian baharu dikesan di Russia dan dilaporkan lebih mudah menular berbanding varian Delta.
Menurut laporan Astro Awani, pihak kesihatan Rusia melaporkan beberapa kes jangkitan Covid-19 yang ada kemungkinan daripada varian AY.4.2. Varian tersebut juga dijangka akan tersebar dengan meluas.
Menurut pakar, varian ini berpotensi menyebabkan kadar kes jangkitan Covid-19 baharu yang sudah berada di paras tertinggi di negara itu, meningkat lebih tinggi. Walaupun pendominasian varian baharu ini akan mengambil masa, pakar kesihatan tidak menolak kemungkinan varian baharu ini akan menggantikan varian Delta.
Sehubungan dengan itu, kerajaan Russia mengumumkan penutupan sementara operasi tempat kerja selama seminggu sehingga awal November bagi mengekang penularan varian baharu Covid-19 ini.
Baca: Varian Mu Dikesan Di 39 Negara Berikut Info Tentang Varian Baharu Ini