in

Rosakkan Anak Muda Korea Utara, Kim Jong-Un Gelar K-Pop Sebagai Barah

Feature 4 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun kumpulan K-Pop menjadi kegemaran peminat dari seluruh dunia, di Korea Utara, hiburan seperti itu adalah mustahil sama sekali sebab ianya telah diharamkan oleh pemerintah negara tersebut.


Kalau ada pun, hanya mereka yang berani dan berjiwa kental sahaja yang mampu minat hiburan ni secara sembunyi-sembunyi di Korea Utara. Menurut laporan The New York Times, Kim Jong Un iaitu pemimpin Korea Utara baru-baru ini telah menyifatkan K-Pop dari negara sempadannya sebagai kanser atau barah.

Kpop 1
Gambar sekadar hiasan

Kim Jong Un berkata demikian sebab katanya ia boleh merosakkan anak muda Korea Utara. Media negara itu turut  memberi amaran bahawa hiburan berkenaan boleh menyebabkan negara runtuh seperti dinding yang lembab dan ianya merosakkan cara percakapan, pakaian dan gaya rambut anak muda di situ.

Hukuman yang lebih berat juga akan dikenakan kepada mereka yang menonton video K-Pop, filem atau drama dari Korea Selatan.

Kpop 4
Gambar sekadar hiasan

Undang-undang baru juga telah digubal pada Disember lalu di mana mereka yang menonton atau memiliki hiburan dari Korea Selatan akan ditahan di kem buruh selama lima hingga 15 tahun.

Difahamkan, ramai wanita di Korea Utara telah memanggil pasangan mereka sebagai ‘Oppa’ akibat pengaruh drama Korea.

Sumber: The New York Times, Soompi, mothership

Baca: Jual Filem & Lagu Korea Selatan di Korea Utara, Lelaki Dihukum Tembak Depan Keluarga Sendiri

Kpop

Sumber: Soompi
Sumber: Soompi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.