Perbuatan seorang lelaki yang merogol adik kandungnya, seorang gadis di bawah umur akhirnya terbongkar!
Seorang lelaki berusia 23 tahun dijatuhkan hukuman penjara 45 tahun dan 30 sebatan selepas mengaku bersalah merogol adik kandungnya sendiri, lapor Sinar Harian.
Hakim Mahkamah Sesyen, Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman tersebut terhadap tertuduh yang berasal dari RPT Mengkebang, Kuala Krai itu.
Bagi setiap pertuduhan, Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan 10 sebatan, yang berjalan secara berasingan.
Lelaki itu yang juga seorang pengawal keselamatan dilaporkan melakukan perbuatan tersebut sejak tahun lalu di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Gong Datok, Pasir Puteh, Kelantan.
Menurut Timbalan Pendakwa Raya negeri, Fahrul Razi Zainal Abidin perbuatan lelaki itu akhirnya terbongkar selepas adiknya melahirkan seorang bayi perempuan pada 8 Disember lalu.
Fahrul turut mencadangkan hukuman maksimum diberi kepada pengawal keselamatan itu sebagai pengajaran.
“Tertuduh mengambil kesempatan terhadap adiknya dan telah membuatnya hamil.” katanya.
Lelaki itu mengaku merogol adiknya sebanyak tiga kali. Kejadian berlaku pada jam 12 tengah malam sekitar bulan Februari dan April 2015 ketika mangsa berusia 15 tahun serta pada Mac 2016 ketika mangsa berusia 16 tahun.
Apa lah nak jadi dengan dunia zaman sekarang? Ahli keluarga sendiri pun sanggup rogol….