Admin yakin mesti ramai antara korang sekarang masih meninggu barang yang korang dah beli ketika promosi 11:11 lepas kan? Biasanya barang yang ambil masa tu kalau ianya dari luar negara.
Bagi sesiapa yang ada order barang daripada aplikasi TaoBao, ada berita buruk buat korang. Kemungkinan korang dah boleh cancel atau kena postpone lagi.
7 Selamat, 2 Maut

Menurut laporan Sin Chew Daily dan WORLD OF BUZZ kapal kargo dari taiwan yang dikatakan sedang mengangkut barang-barang dari TaoBao untuk diagihkan ke pelanggan yang menempah itu berlaku pelanggaran di tengah laut.
Dikhabarkan bahawa 7 orang ahli krew kapal itu selamat dan 2 lagi disahkan maut. Disebabkan kapal tu dah karam, lebih 879 tan barang (kebanyakannya dari TaoBao) hanyut kat dalam laut.
Dikatakan juga ini adalah pertama kali TaoBao menghadapi insiden karam dalam pengurusan logistik mereka.
Buat masa sekarang, lebih 100 pelanggan TaoBao dah mula complain pasal barang mereka lambat sampai dan tak dapat bayaran penuh semula.
Walau bagaimanapun, TaoBao telah memberi jaminan kepada semua pembeli bahawa proses pampasan telah dimulakan melalui saluran pembayaran AliPay. Sekiranya masalah berlaku semasa pemprosesan, ejen perkhidmatan pelanggan akan bersedia untuk membantu.
Aduhai, sabar je lah, kesian dengan nasib-nasib krew yang bertugas.