“Rindu seorang anak syurga” – Netizen Sebak Lihat Anak Autisme Baring Tepi Pusara, Terlalu Rindu Pada Bapa Yang Telah Meninggal Dunia

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Kalau bercakap soal rindu dan kehilangan orang tersayang ni, mesti semua orang relate benda ni dengan percintaan antara lelaki dan perempuan.

Tapi korang tahu tak, rindu yang paling dalam dan tak berpenghujung ialah kerinduan pada ibu bapa yang telah tiada. Ibu bapa ni hanya ada satu je dalam dunia ni. Kalau dah tak ada, tak ada siapa dapat ganti. Tak sama macam hilang BF atau GF.

 

“Rindu seorang anak syurga” 

Menerusi satu posting yang viral di Facebook, wanita bernama Natipah Abu ni telah berkongsi kisah anak autisme yang terlalu rindu dengan arwah bapanya yang meninggal dunia pada April tahun lepas. 

Menurut Natipah, Muhammad Nazren Firdaus ni setiap hari Jumaat akan melawat kubur bapanya dan baring di sebelah pusara tersebut sambil usap batu nisan dan bercakap dengan arwah. Allah… 

Sumber: Facebook

 

“Abang akan baring di sisi pusara Abah seolah-olah Abang sedang baring di sebelah Abah sejak lebih 20 tahun lalu”

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

 

“Sebak sangat tengok, rindu sungguh-sungguh tu” 

Rata-rata netizen yang melihat gambar tersebut tersentuh hati dengan perlakuan anak autisme tersebut. Ramai yang bersimpati dan tak kurang juga mendoakan yang baik-baik buat anak tersebut.

Sumber: Facebook

Sebaknya min tengok gambar anak syurga ni…. 

Baca: “Anak syurga” – Netizen Sebak Tengok Anak Sindrom Down Ni Kebumi Ayahnya

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!