Lepas satu, satu kes yang datang. Isu buli di Malaysia ini nampaknya makin kritikal dan menjadi-jadi.
Terbaru, kes buli melibatkan seorang pelajar darjah 1 yang menurut ibunya telah ditumbuk oleh rakan sekolah sehingga berdarah hidung. Berikut perkongsiannya di Facebook.
“Whatttt? Kena tumbuk! Rasa nak gugur jantung dengar!”
Menurut ibu mangsa yang bernama Norihan, semasa anaknya pulang dari sekolah, dia terkejut gila apabila melihat keadaan budak tersebut menangis teruk dalam keadaan hidung yang berdarah.
Bila ditanya kenapa, anaknya menjawab dia telah ditumbuk. Uishhh gilalah!

“Anak aku baru darjah 1. Yang menumbuknya darjah 2. Apa ka salah anak aku?”
Lebih mengejutkan, kaki pukul anaknya ini baru darjah 2 beb! Anaknya pula baru di darjah 1. Mana belajar perangai pukul anak orang ni? Besar-besar nanti tak pasal pulak jadi samseng kan?
Kata Norihan lagi, kalau dia tak ada anak kecil nak dijaga tadi memang dia dah keluar cari siapa yang buli anak dia tu.
Apa-apapun dia sudah memaklumkan hal ini kepada pihak sekolah dan harapnya mereka yang membuli budak ini dapatlah dikesan dan kes ini tak berulang lagi.

“Budak kecik macam ni pun jadi sasaran. Sian anak”
Rata-rata netizen memang bersimpati betul dengan nasib yang menimpa budak tersebut. Harap janganlah kes ini berulang. Takut lah pukul-pukul sampai berdarah ni.

Makin menjadi-jadi budak sekarang ni ye. Min pun tak tahu nak buat apa dah.