in

Ramai Kecam Cara Wanita Ini Sebut ‘Tealive’, Rupa-rupanya Ini Sebutan Yang Betul

Tealive 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang suka minum air manis korang mesti familiar dengan jenama minuman ‘boba’ terkenal di Malaysia, Tealive. Seperti yang kita tahu, menu popular di kedai tersebut adalah air yang berasaskan milk tea, smoothie dan lain-lain.

Baru-baru ini tular di media sosial, klip tangkap layar sesi live duet seorang lelaki dan wanita. Lelaki tersebut adalah host live manakala wanita itu adalah tetamunya.


https://www.tiktok.com/@ayaabdul9402/video/7296766535295651073

Sebut Tea-life ke Tea-leave?

Dalam video itu, wanita tersebut memberitahu cara yang betul untuk menyebut perkataan ‘Tealive’. Menurutnya, cara sebutan sebenar ‘Tealive’ adalah ‘Tea-leave’.

Sebutan dia ‘Tea-leave’ tau korang bukan ‘Tea-life’. 

Lelaki itu dilihat terkejut dengan cara sebutan itu namun hanya bersetuju dengan wanita tersebut.

Oh ‘Tea-leave’ eh? Susah gak nak sebut. Biasanya ‘Tea-life’.

Walau bagaimanapun, wanita itu tetap menafikan cara sebutan Tealive adalah ‘Tea-life’.

Mat Saleh sebut ‘Tea-leave’. Orang Malaysia pun sebut ‘Tea-life’. Dia ‘Tea-leave’.

Agak-agak mana satu yang betul ye?

Artikel berkaitan: “Tengok muka diorang happy je”- Netizen Puji Usaha Tealive Belanja Kakitangan Hospital Yang Rawat Covid-19

Artikel berkaitan: “Pergerakan rentas negeri tak dibenarkan” – Tealive ‘Tuju’ Tweet Dekat Siapa Tu?

Founder reveal sebutan yang betul

Video itu telah disambung dengan satu bahagian video yang mana seorang YouTuber, Chris MJ telah menemu ramah founder Tealive itu sendiri iaitu Bryan Loo. Chris MJ bertanya kepada Bryan bagaimana cara sebutan Tealive yang betul.

It’s time to settle the whole debate. How do you pronounce T.E.A.L.I.V.E? – pengacara

‘Tea-life’ – Bryan Loo

Walau bagaimanapun, klip pendek temu ramah itu dimuat naik oleh Chris MJ di saluran YouTube miliknya pada tahun lepas.

Rata-rata netizen kagum dengan confident level yang dimiliki oleh wanita itu.

Tealive 2

Tealive 3

Ada juga netizen yang berbincang sesama mereka mengenai cara sebutan ‘Tealive’ yang betul mengikut Bahasa Inggeris.

Tealive 5

Min tak kisah sebut macam mana pun. Yang penting milk tea Tealive sedap sangat!

Sumber: TikTok

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.