in

“Rakyat Malaysia buat solat hajat” – Ribut Tropika Pabuk Tunjuk Taring, Mengganas Di Pelantar Minyak

Ombak Besar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ni, beberapa kawasan di pantai Terengganu dan Kelantan dilaporkan terkena tempias ribut tropika Pabuk sehingga mengakibatkan deruan angin kuat hampir 50 km sejam.


Kalau tak berada di tempat kejadian mungkin kita tak tahu betapa teruknya situasi ribut siklon Pabuk ni. Namun menerusi video yang viral di Facebook, saksi daripada mereka yang bekerja kat pelantar minyak record situasi mengerikan kat laut. 

Tengok video kat bawah. Scaryyyy!

https://www.facebook.com/988691181254696/videos/371148136981472/

 

“Semoga terhindar daripada perkara tak diingini…” 

Menurut posting yang viral itu, ribut siklon Pabuk ni sudah sampai ke perairan Terengganu dengan ombak setinggi 6 meter. Rakan-rakan offshore yang bertugas di pelantar minyak jugak nampaknya terpaksa menghadapi situasi bahaya dan meminta supaya ramai-ramai doakan keadaan mereka di sana.

Ribut Siklon dah sampai ke perairan Terengganu. Angin di tengah laut sekarang melebihi 60 km/j dan ombak setinggi 6 meter. Doakan semuanya selamat. Laporan dari pelantar minyak.”

https://www.facebook.com/boxer.ketat.77/videos/pcb.2209309032615799/2209308902615812/?type=3&theater

Posted by Muhammad Syafiq on Wednesday, January 2, 2019

Rata-rata netizen yang melihat video ni berdoa supaya mereka diselamatkan daripada bencana ombak deras yang melanda dua negeri di pantai timur tersebut.

Allahu
sumber: facebook

 

Rakyat disaran buat solat hajat dan hadkan aktiviti pantai

Penduduk di Kelantan juga disarankan untuk buat solat hajat bagi memohon doa agar mereka yang tinggal khususnya di negeri terbabit takkan ditimpa bencana berikutan ribut Pabuk yang dikatakan akan melanda negeri tersebut.

Menurut Sinar Harian, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar telah gerakkan usaha untuk adakan solat hajat di beberapa tempat.

“Saya harap penduduk dapat mengehadkan aktiviti di pantai dan memastikan keselamatan diri dan keluarga. 

“Ini antara usaha yang kita boleh buat, sebab ribut merupakan tanda kekuasaan Allah dan kita berharap ia tidak akan mengundang bencana,” katanya.

Bagi mana-mana bot yang memerlukan pertolongan, korang boleh saja hubungi talian MERS 999 atau maklumkan ke pejabat Maritim Malaysia di negeri yang terlibat dengan ribut ini.

Kalau boleh, orang awam eloklah jauhi kawasan laut seketika sehingga cuaca baik semula. Semoga kita semua terlindung dari sebarang bahaya. Amin. 

Baca: Tak Sampai 2 Minggu Kena Tsunami, Indonesia Dilanda Puting Beliung Dahsyat!

Puting Beliung Teruk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.