in

Polis Sahkan Suami Pengasuh Liwat Bayi 9 Bulan Ketika Ditinggal Bersama Dalam Bilik Selama 2 Jam

Ft Liwatbayi

Pada 27 April lepas, seorang doktor di sebuah hospital kerajaan di Selangor terkejut apabila mendapati pesakit bayi lelaki berusia sembilan bulan mempunyai kesan lebam pada bahagian mulut dan kecederaan di bahagian dubur.

Susulan itu, doktor berkenaan membuat laporan polis dan menurut MalaysiaGazette, polis kemudian menahan sepasang suami isteri warga tempatan yang merupakan pengasuh mangsa di rumah mereka di Pangsapuri Jalan 1A/42 Kelana Jaya.

Posted by Media Selangor on Friday, April 30, 2021

 

Polis hari ini mengesahkan bayi lelaki itu telah diliwat dan dibunuh oleh suami pengasuhnya. Ketua Polis Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, mangsa telah dihantar sendiri oleh suspek ke Hospital Sungai Buloh dalam keadaan tidak sedarkan diri pada April.

Menurut laporan, kesan lebam pada mulut bayi itu dipercayai kesan ditekup sehingga menyebabkan mangsa meninggal dunia. Kesan koyak pada duburnya pula adalah akibat perbuatan liwat suspek ketika mangsa ditinggalkan bersamanya di dalam bilik selama lebih kurang dua jam.

Fakh

Fakhrudin berkata ketika tangkapan dibuat, polis turut merampas alat seks dan beberapa barang lain disyaki digunakan dalam kejadian.

Antaranya ialah dua lampin pakai buang, sehelai kain warna putih, sehelai seluar, karpet bercorak merah hitam, sehelai seluar pendek, sehelai baju lengan pendek dan cecair nyah kuman.”

Hasil saringan air kencing mendapati pasangan itu positif dadah jenis syabu dan kedua-duanya direman selama 13 hari bermula 30 April dan akan dituduh esok, 12 Mei 2021.

Suami pengasuh itu  disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan manakala pengasuh akan dituduh di bawab Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Baca: “Tenanglah wahai anak syurga”- Bayi 11 Bulan Meninggal Dunia, Jatuh Dari Tingkat 3 PPR

Fi Baby 1