in

PM Akan Umum Lanjutan Moratorium 3 Petang Ini

Tsmy2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai yang mengharapkan bahawa moratorium dilanjutkan berikutan itu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membuat Pengumuman Lanjutan Moratorium dan Bantuan Bank Bersasar jam 3 petang ini.


Ia dimaklumkan Pejabat Perdana Menteri (PMO) menerusi poster pengumuman berkenaan yang turut dimuat naik dalam media sosial termasuk akaun Facebook rasmi Muhyiddin Yassin.

Pengumuman itu akan disiarkan secara langsung menerusi rangkaian televisyen tempatan; Radio Televisyen Malaysia (RTM), Bernama TV, TV3 dan Astro Awani.

Sebelum ini, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kerajaan dan bank mengkaji lebih banyak bantuan bersasar kepada peminjam selepas moratorium bayaran balik pinjaman berakhir 30 September nanti.

Antaranya, memanjangkan tempoh bayaran, mengubah terma dan syarat, mengurangkan kadar faedah dan memberi pelepasan lain.

 

Baca : “Sekaligus mengurangkan ansuran bulanan” – Tempoh Bayaran Balik Pinjaman Mungkin Dilanjutkan?

Bayaran Balik 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.