in

“Tak boleh dibiar membiak” – Pesta Berhampiran Masjid, MB ‘Ban’ Semua Konsert ‘Terkinja-kinja’ Di Kedah

Collage 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hujung minggu lalu, satu konsert yang dibuat di Balai Seni Alor Setar telah mencetuskan pelbagai kritikan dari netizen selepas video anak-anak muda dilihat galak berpesta tular di media sosial.


Lebih mendatangkan kecaman apabila Muda Mudi Weekend Fest ini turut diadakan berhampiran dengan Masjid Zahir yang terletak di Alor Setar sehinggakan ramai netizen mempersoalkan bagaimana kerajaan Kedah boleh membenarkan penganjuran seperti ini.

Ekoran ini, melalui Facebook peribadi, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor telah melarang semua konsert hiburan yang mencetuskan kelakuan di luar tatasusila di seluruh negeri Kedah.

Jelasnya, konsert viral tersebut telah menjadi penanda aras bahawa aktiviti yang merangsang pelanggaran norma masyarakat tempatan tidak boleh dibiarkan dari terus membiak.

Kejadian muda mudi terkinja-kinja tanpa arah gara-gara konsert hiburan di Balai Seni Alor Setar kelmarin menjadi penanda aras bahawa sebarang aktiviti yang boleh merangsang pelanggaran norma masyarakat tempatan tidak boleh diberikan ruang untuk membiak.”

Tambahnya lagi, program yang menyihatkan tubuh badan seperti fun run atau pertandingan memancing yang selari dengan undang-undang dan tatasusila masyarakat tempatan adalah lebih digalakkan.

Penganjuran acara yang menyihatkan tubuh badan seperti fun run, fun ride, treasure hunt, pertandingan memancing, dan lain-lain pertandingan yang selari dengan undang-undang, garis panduan program terbuka dan sesuai dengan tatasusila masyarakat tempatan adalah digalakkan.”

Sanusi juga turut memberitahu semua pihak berkuasa yang terlibat dengan perlesenan hiburan telah pun dimaklumkan mengenai larangan ini.

 

Baca: “Siapa penganjur dia?” – Netizen Kesal Tengok Remaja Buat ‘Mosh’ Semasa Konsert Depan Masjid Di Kedah

Screenshot 2022 10 04 At 12.17.18 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.