in

Perabot Jadi ‘Sampah’ Paling Banyak Dibuang Tepi Jalan Akibat Banjir Kilat Di Seremban

Ft Banjir Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang korang semua tahu, banjir kilat yang agak teruk telah berlaku di Seremban pada minggu lepas sehingga menyebabkan air masuk sampai ke dalam rumah penduduk.

Banjir kilat yang melanda ini menyebabkan penduduk di beberapa kawasan yang terjejas mengalami kerosakan harta benda gara-gara tenggelam dek air bah sehingga terpaksa dibuang.


 

Perabot jadi ‘sampah’ paling banyak dibuang

Perabot seperti almari, set kerusi, meja dan tilam menjadi sebahagian daripada ‘sampah’ yang paling banyak dibuang oleh penduduk yang dilonggokkan di tepi jalan.

Lapor Sinar Harian, menerusi tinjauan yang dilakukan di Kampung Batu 3 Mambau semalam mendapati hampir di sepanjang jalan menuju ke kampung itu dilonggokkan dengan pelbagai sampah kebanyakannya perabot yang terpaksa dibuang kerana rosak ditenggelami air.

Bukan itu sahaja, penduduk kampung itu juga dilihat masih sibuk membersihkan kawasan rumah masing-masing walaupun sudah hampir seminggu ‘tragedi’ banjir kilat itu terjadi.

Feat Banjir

 

Kerja pembersihan dilakukan secara berperingkat

Menurut Pengarah Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri Sembilan, Muhammad Yusof Ahmad, beliau berharap penduduk dapat bersabar kerana kerja-kerja pembersihan dan mengangkut sisa-sisa buangan sedang dilakukan oleh pihak SWM Environment Sdn Bhd.

Menurutnya, kerja-kerja pembersihan akan dilakukan secara berperingkat gara-gara banyak kawasan yang terjejas antaranya Taman Happy, Taman Moksum, Kampung Dato Mansor, Kampung Batu 3 Mambau dan Kampung Mantau Indah.

Tambahnya lagi, pihak mereka telah menggerakkan kesemua jentera yang ada dan dijangkakan kerja-kerja mengangkut sampah pasca banjir kilat ini akan selesai dalam minggu ini.

Feat Banjir 2

 

Jangan bakar sampah yang dibuang

Saya nak ingatkan penduduk supaya dapat meletakkan barangan yang ingin dilupuskan di depan rumah masing-masing bagi kawasan yang mudah dimasuki jengkaut.

Mereka juga diminta tidak membakar barangan yang dibuang itu. 

 

Terpaksa buang 5 set perabot, motosikal…

Menurut salah seorang penduduk, dia terpaksa membuang sebanyak 5 set perabot bilik tidur di rumahnya gara-gara perabot itu rosak selepas kediamannya dinaiki air lebih dua meter!

Kejadian itu dikatakan sebagai banjir terburuk yang pernah berlaku di kawasan itu yang mengakibatkan dia mengalami kerugian dianggarkan sebanyak RM10,000.

Terdapat juga penduduk yang terpaksa membuang tilam, bantal dan barangan elektrik yang rosak termasuklah dua buah motosikal yang rosak gara-gara banjir kilat ini.

Banjir

Baca: “Esok PKPB, malam semalam banjir” – Bagai Jatuh Ditimpa Tangga, Seremban Dikenakan PKPB & Alami Banjir Teruk Semalam Baca Banjir

Sumber: Sinar Harian
Sumber: Sinar Harian
Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.