Baru semalam, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa daerah Seremban di Negeri Sembilan bakal diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) antara 5 November hingga 18 November 2020 bagi mengekang penularan wabak COVID 19.
Tup-tup malam tadi, daerah yang bakal melalui PKPB esok ini dinaiki air ekoran dari hujan lebat sehingga berlakunya banjir kilat di luar jangkaan.
Menurut Bernama TV, antara jalan yang dinaiki air ialah Jalan Zaaba, Jalan Rasah dan beberapa jalan utama lain hingga menyebabkan beberapa buah kenderaan terkandas dalam banjir.
Beberapa jalan utama dan taman-taman perumahan di sekitar Bandar Seremban telah dinaiki air awal pagi tadi ekoran dari hujan lebat sehingga berlakunya banjir kilat di luar jangkaan. pic.twitter.com/WT1fEsch9P
— BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) November 4, 2020
Dalam tinjauan di lokasi berlainan di Jalan Rasah berhampiran Masjid Jamek Dato Bandar Haji Ahmad, di Rasah turut dilihat beberapa buah kenderaan terperangkap dan ada juga kenderaan yang dibawa oleh arus deras.
— BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) November 4, 2020
Menurut Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Rasah, Yusof Othman berkata, banjir kilat yang bermula seawal pukul 1 pagi ini adalah yang terburuk sejak lebih 40 tahun lalu.
Pihaknya terpaksa menjadikan perkarangan di luar masjid sebagai penempatan sementara sehingga air surut, dan mengehadkan jumlah mereka yang nak berada di masjid bagi mengelakkan penularan wabak COVID 19 di mana Bandar Seremban telah diisytiharkan PKPB.
Pun begitu menurut sumber, sehingga pukul 5.30 pagi tadi banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di Seremban telah mulai surut dan beberapa jalan utama juga sudah boleh dilalui semua kenderaan seperti biasa.
“Kena PKPB. Pastu malam tadi banjir pulak. Semoga dipermudahkan urusan orang Seremban”
Rata netizen di media sosial yang cakna dengan isu tersebut hanya mampu memberi kata-kata semangat buat rakyat di Seremban yang ditimpa musibah ini.
Kebanyakan rakyat Seremban juga nampaknya reda dengan ujian mereka hadapi. Sedih min tengok habis barang rumah dorang rosak…
Semoga rakyat di Seremban bertabah ye! Stay strong…
Baca: TERKINI: PKPB Melibatkan 9 Mukim di Seremban Dari 5 Hingga 18 Nov