in

“Kita tengah shoot tapi pemikiran dia melilau” – Bella Astillah Masih Terkejut Dengan Berita Pemergian Tun Hasmah

Ft Tun Hasmah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketika mendapat tahu tentang berita yang mendukacitakan tentang pemergian isteri bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu Allahyarhamah Tun Hasmah, pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq sedang melakukan penggambaran.

Menerusi Instagram Story, Bella Astillah ada menunjukkan kelibat Syed Saddiq sedang duduk berseorangan.


Kata Bella, biarpun nampak profesional semasa menjalankan tugas, Bella tahu bahawa jauh di sudut hati, jiwa dan minda Syed Saddiq sedang melilau selepas mendengar khabar berita duka itu.

Artikel berkaitan : “Kalaulah saya tahu itu pertemuan terakhir” – Syed Saddiq Luah Rasa Sedih Pemergian Tun Dr Siti Hasmah

Artikel berkaitan : Jenazah Tun Hasmah Mohamad Ali Dibawa Ke Kediaman Di Seri Kembangan

“Kita tengah shoot tapi saya tahu pemikiran dia melilau”

Img 5668

Jelas Bella, disebabkan berita hiba itu, Syed Saddiq tidak mampu untuk meneruskan perancangannya di mana mereka sepatutnya akan mengadakan sidang media berkenaan dengan perkahwinan mereka dan terpaksa membatalkannya. Sehingga kini mereka masih terkejut dengan berita tersebut.

Hari ini seluruh rakyat Malaysia dikhabarkan dengan berita hiba, Tun Hasmah Mohamad Ali meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur  pada usia 100 tahun pada jam 9.20 pagi tadi.

Perkara itu dimaklumkan oleh anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir. Terkini, jenazah Tun Hasmah  dilaporkan sudah tiba di kediamannya di The Mines, Seri Kembangan untuk dimandikan sebelum dikebumikan di Presint 20, Putrajaya.

Sumber: Instagram, Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.