in

Peniaga Dedah ‘Beras Seludup’ Jadi Pilihan Di Kelantan, Dakwa Lebih Manis & Sedap

Ft Beras Siam Seludup

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebahagian daripada penduduk Kelantan didakwa lebih gemar membeli beras putih yang diseludup dari Thailand kerana menurut mereka ianya lebih wangi dan rasa yang lebih sedap berbanding beras tempatan.


Menurut Utusan Malaysia, lebih 50,000 tan metrik beras Thailand yang dibawa masuk ke negeri itu setiap minggu dan permintaan yang tinggi diterima oleh peniaga untuk pelbagai jenama beras dari negara jiran itu.

Portal berita itu juga mendakwa lebih 1,000 penduduk di kawasan yang bersempadan dengan Thailand bergantung hidup dengan membawa masuk beras dari Thailand sebagai sumber utama pendapatan.

Matthew Lakeland B Aymzeowjq Unsplash

Seorang penyeludup yang hanya ingin dikenali sebagai Long mendedahkan dia membawa masuk 500kg sehingga 600kg beras dari Thailand dalam sehari. Menurutnya, walaupun harga beras dari Thailand agak mahal sekarang ini, ia tidak mengurangkan permintaan pasaran.

Menurutnya lagi dia sering mendengar keluhan pengguna yang terpaksa membayar harga lebih mahal kerana nilai Ringgit sudah menyusut, tetapi disebabkan ia sudah menjadi makanan ruji rakyat Kelantan, mereka tidak kisah untuk membayar lebih.

Artikel berkaitan : “Kanabis hanya untuk perubatan, saya tak setuju penggunaan secara rekreasi” – Perdana Menteri Thailand

Artikel berkaitan : Kastam Berjaya Gagalkan 37 Cubaan Seludup Dadah Gunakan Kargo Udara, Perkhidmatan Kurier

Seorang peniaga di Tumpat pula mengakui beras pelbagai jenama dari Thailand sering menjadi pilihan ramai di sana sementara permintaan untuk beras tempatan tidak banyak.

Tambahnya lagi, dia menyedari yang menjual beras seludup dari Thailand itu merupakan satu kesalahan namun dia turut akui yang perkara tersebut (penjualan beras seludup) bukanlah sesuatu yang baharu dan sudah menjadi sumber pendapatan peniaga di negeri itu.

Menurut seorang pengguna, dia sudah memakan beras ‘seludup’ dari Thailand itu sejak kecil dan mengakui yang beras tersebut lebih manis, wangi dan meningkatkan aroma lebih menyelerakan berbanding beras tempatan.

Sumber : FMT

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.