in

Kastam Berjaya Gagalkan 37 Cubaan Seludup Dadah Gunakan Kargo Udara, Perkhidmatan Kurier

Kastam Rampas Dadah Klia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) baru-baru ini berjaya menggagalkan 3 percubaan untuk seludup dadah bernilai lebih daripada RM1 juta menggunakan perkhidmatan kurier dan kargo udara di kawasan kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).


Pada 14 Mei lalu, JKDM telah merampas bungkusan yang dihantar ke alamat di Johor daripada hab penghantaran sebuah syarikat kurier di kawasan kargo KLIA susulan penemuan 13 bungkusan kecil berisi methamphetamin seberat 1.07 kg yang dijangkakan bernilai RM35,178.

Pengarah Operasi Penguatkuasaan JKDM Zon Tengah, Wong Pun Sian berkata siasatan awal mendapati bungkusan itu akan dieksport ke Australia dengan maklumat pengirim disyaki dipalsukan bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

324750859 1561728287624013 3237166810300077725 N

Laporan mengatakan, modus operandi yang digunakan sindiket berkenaan adalah menyembunyikan dadah tersebut dalam penutup silikon sebelum memasukkannya kedalam kotak kasut.

Terdahulu, JKDM juga telah menemukan paket foil aluminium seberat 4.63kg yang berisi dadah jenis heroin bernilai RM435,220 yang dimasukkan ke dalam tin minuman dalam pemeriksaan yang dilakukan ke atas premis di kawasan kargo KLIA.

Difahamkan, minuman tersebut telah dinyatakan sebagai ‘Avocado Multigrain’ daripada Johor dan akan dieksport ke Australia dan penghantar menggunakan maklumat palsu untuk mengelakkan kegiatannya dihidu pihak berkuasa.

Whatsapp Image 2023 06 01 At 11.59.04 Am 1

Pada 11 April lalu pula, pihak Kastam telah merampas bungkusan antarabangsa dari Pakistan di kargo KLIA selepas menemukan 8.894 dadah jenis ketamin dengan anggaran harga pasaran bernilai RM533,640.

Menurut laporan, modus operandi kes berkenaan adalah menggunakan foil aluminium untuk menyembunyikan bahan terlarang berkenaan untuk mengelakkan ianya dikesan oleh mesin imbasan selain menggunakan perkhidmatan kurier untuk menghantarnya ke sebuah alamat palsu.

Secara keseluruhan, sebanyak 37 kes berkaitan cubaan menyeludup dadah dengan jumlah melebihi RM4.9 juta melalui servis kurier dan kargo udara berjaya dipatahkan oleh JKDM dari Januari hingga April tahun ini.

Sumber : Sinar

Baca : Budak 11 Tahun Sesak Nafas, Loya Kerana Disyaki Makan ‘Biskut Ganja’ Buatan Bapa

Kanak Kanak Makan Biskut Ganja

Sumber: JKDM
Sumber: Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.